Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Tuesday, 2 June 2009

Korban Cinta

Mesyuarat Lembaga Akademik Fakulti (LAF) baru sahaja mengesahkan Keputusan Peperiksaan April 2009. Alhamdulillah pencapaian pelajar SR113 untuk peperiksaan kali ini adalah lebih baik daripada sebelumnya untuk kebanyakan kursus. Walaubagaimanapun ada juga pelajar-pelajar di satu semester itu yang selalunya menghasilkan keputusan yang cemerlang untuk setiap semester tetapi merudum untuk kali ini [yakin melampau kot!]. Tahniah kepada kepada pelajar-pelajar Semester 5 SR113 di atas pencapaian yang paling cemerlang dan memberangsangkan untuk Peperiksaan April 2009.

Menariknya kali ini dan hangat diperbincangkan di LAF adalah status seorang pelajar ini [bukan dari SR113). Dia telah dibuang dek kerana gagal satu kursus sebanyak 3 kali. Kursus yang dia gagal pun bukannya kursus yang susah sangat pun. Memang jarang sangat pelajar yang mendaftar subjek ini yang gagal.

Ahli lembaga dimaklumkan oleh Ketua Program terbabit bahawa pelajar ini telah putus cinta dan akhirnya putus asa. Sekarang ni pun dah mula bekerja sambilan. Dah tak ada semangat lagi nak belajar. La macam tu pulak.

Kasihan pelajar ini [lepas ini mungkin akan jadi bekas pelajar]. Dek kerana cinta yang membabi buta kepada kekasihnya, dia sanggup mengorbankan masa depannya. Kalau dia balik kampung dan renung muka ibu dan ayahnya mungkin dia akan insaf. Mungkin dia akan sedar betapa berdosanya dia kerana telah mengecewakan harapan ibu dan ayahnya. Sudah tentulah ibu dan ayahnya mahu melihat dia berdiri di atas pentas menerima segulung ijazah seperti graduan-graduan yang lain. Ibu dan ayah yang mana yang tidak akan menyeka air mata kegembiraan apabila melihat anaknya menerima ijazah setelah bersusah payah semenjak dari kecil.

Kenapalah pelajar ini sanggup menyerahkan 100% cintanya kepada kekasihnya yang telah berpaling arah. Sepatutnya dia perlu fokus dahulu kepada niat asal untuk masuk ke universiti. Saya menjangkakan sudah tentulah niat asalnya untuk berjaya dalam bidang yang dipohon. Apakan daya pelajar ini telah diduga dan dia gagal. Namun dia masih ada peluang sekiranya dia cepat tersedar.

Nota: Sesungguhnya cinta yang paling Agung adalah cinta kepada Allah SWT.

5 comments:

Ahmad Firdaus Ibrahim said...

Kadang-kadang manusia akan diuji dari pelbagai sudut. Jadi tugas kita sebagai hambaNya adalah utk bersedia menghadapinya dgn doa dan zikrullah.

warna warni kehidupan said...

emm mcm2 la zaman skg ni.tp ini lah yg ditakutkn bercinta blh menyebabkn hidup xtentu arh..mintak dijauhkn semua tu..
huhuhu takutnya result nk kuar...mcm mana la keputusan utk dgree ni...harap2 ok..amin...

~W.W.K~

hisyamchemat said...

Ustad,
Benar. Hanya dengan mengingati Allah-lah hati kita menjadi lebih tenteram.

Dilla,
Sabar... tinggal berapa hari saja lagi. USAHA sudah... DOA pun sudah... sekarang BERTAWAKAL sahaja kepada Allah.

Stoner said...

macam kenai je budak tuh

huhuhu

hisyamchemat said...

Stone,
Takkan hang kot yang telah mengecewakan si-dia!