Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Wednesday 16 September 2009

Adoi Mak Sakit Mak!

Kalau diikutkan temujanji memang saya patut berada di situ jam 11pagi. Ada pakar yang sedang menunggu. Namun apa boleh buat, ada mesyuarat penting Fakulti yang perlu dihadiri hingga tamat. Maka saya mohon tunda daripada pakar terbabit. Mesyuarat dari jam 8.30 pagi tamat tepat jam 1 petang. Kamilia pula menelefon dan menjerit minta diambil di sekolah. Dah tamat waktu persekolahan. Ada Penilaian Sekolah Rendah Agama untuk Tahun Enam. Alahai lambat la pula ambil. Membebel la dia. Argh... layan ajalah. Budak zaman sekarang. Aku dulu tak berani nak membebel dengan bapa aku.

Maka diikat temujanji seterusnya dengan pakar pada jam 2.30 petang. Insyaallah kali ini saya berjanji akan tepati masa yang sama kita meterai. Saya bertekad untuk tidak membalas semua SMS dan menjawab sebarang panggilan telefon. Kerja memang tak pernah habis. Maaf ya. Ini lagi penting. Jumpa esok saja.

Saya tiba tepat jam 2.25 petang. Pakar sedia menunggu. Tepat jam 2.30 petang saya sudah berada di atas kerusi pembedahan. Taklimat awal diberikan oleh pakar. Dia menerangkan kepada saya hasil X-ray yang dijalankan semalam. Dia menerangkan dengan sejelas-jelasnya tentang apa yang berkemungkinan akan berlaku pada petang tadi.

Alahai gerun juga bila mendengar penjelasan daripada pakar. Walau bagaimanapun saya perlu serahkan gigi saya ini kepada pakar. Sudah beberapa hari geraham bawah ini goyang. Itulah gara-gara membaham tulang ayam. Cari nahas betul. Tertanggal habis tampalan di geraham bawah dan gigi tersebut juga pecah.

Kalau diikutkan awal tahun lalu ada saya pergi buat pemeriksaan. Siap diX-ray lagi gigi geraham tersebut. Kononnya nak dibuat crowning. Tunggu punya tunggu punya tunggu temujanji dengan pakar, sampailah kejadian beberapa hari lepas berlaku.

Memang pakar tak boleh cabut dengan mudah gigi yang goyang tu. Pakar ambil keputusan untuk dibuat pembedahan. Saya perlu dibius untuk mengelakkan kesakitan. Alahai ini yang tak gemar ni. Nak bagi mulut untuk orang bedah. Bertanyalah akan saya tentang kesan sampingan pembedahan ini. Maka diterangkanlah oleh pakar tentang kesan yang akan saya hadapi. Alahai takkan sampai seminggu kot pakar? Takkan sampai bengkak muka-muka ni? Saya mahu raya. Nanti hilang nikmat makan di hari raya. Rugi...rugi.

Namun apa daya saya. Serah sahajalah mulut yang terbuka itu kepada pakar untuk dibius. Kalau tak nak kena tunggu lagi 2 minggu. Pakar cuti la pula.

Habis 5 cartridge ubat bius untuk menghilangkan rasa sakit saya. Aduh... itu pun rasa sakit lagi beb. Pakar dah kata cukup. Dia dah tak sanggup nak bius saya lagi. Hai lah nasib badan. Tahan sajalah En Hisyam.

Degil betul geraham bawah tu. Tak mahu dia dicabut. Nak raya juga kot. Nak merasa kuih raya juga kot. Saya dah mengeletar tahan sakit ni. Geraham tu habis digerudi oleh pakar. Gusi dipotong-potong. Akhirnya selepas berhempas pulas, tepat jam 4.30 petang maka keseluruhan sebatang gigi geraham bawah dicabut. Alhamdulillah. Hilang seksa 2 jam mulut terbuka. Rahang sakit oi. Lepas tu, yang terbuka luas hasil peninggalan geraham tu pun dijahit semula. Dapatlah MC 3 hari. Sambung sampai raya. Tapi ada kerja la pula esok dan lusa.

Apa boleh buat umur dah meningkat, kalsium dalam badan makin kurang. Maka inilah akibatnya. Redha ajalah. Tunggulah lagi 6 bulan, saya akan mengadap pakar yang sama. Insyaallah, kali ini untuk implant pula gigi yang dah 'hilang' tu.

Terima kasih pakar!

15 comments:

FoO dA fIrSt#1 said...

sakit sekarang, mudah untuk masa depan bos. tapi saya paling takut doktor gigi. last doktor cabut masa sekolah rendah dulu. yang lain biar longgar sendiri n cabut sendiri sikit-sikit....

apa pun, selamat hari raya bos.....

Angah said...

salam en syam..

saya penah merasa apa yang en syam rasa. masa darjah enam dan awal tahun ni (2009) tapi yang berbezanya gigi garham saya tak goyang tapi dah berlubang je n gigi tumbuh tapi tak habis (senget).... nak tak nak saya kene cabut gak. Mula tu memang sakit gakla, tapi alhamdullillah.. tak sampai 2 hari saya dah ok...

Apapun saya ucapkan selamat hari raya en syam.. insyaallah sempat tu nak baik n en syam boleh makan masa raya nanti..

hehehe....

salam...

REDZUAN said...

Salam bos.. Kantoi tak puasa.. he he.. tu la, len kali dapat ayam kena sedekah kat anak buah je.. hua hua

binggo said...

Asmkm...
En. Hisyam nie biasa la tu.. kalau nak kena bedah potongx nie memang la sakit tapi tak sesakit saya operate lutut lu. Bab gigi nie memang saya takut gak, dari sekolah lu tak pernah g jumpa doktor pakar biar je kalau gigi sakit... sebabnya... ttttaaakkkuuutt... he he...

hisyamchemat said...

Yassir,
Bukannya saya takut dengan Dr Gigi tapi Dr Gigi tu yang tak takut dengan saya.

Adzimah aka Angah,
Dah OK dah tapi ada bengkak dan sakit lagi. Telan pain killer la.

Redzuan,
Saya nak puasa tapi Dr yang suruh buka. Hahaha... bukan salah saya. Saya mangsa pembedahan.

hisyamchemat said...

Mala,
Lutut takpa jauh dari mulut. Kalau sakit lutut, masih boleh makan. Kalau sakit kat mulut, aduh... hilang nikmat kak oi. Tambah raya dah dekat ni

Haron said...

Salam Boss,
Derita boss taklah seteruk saya. Saya kelasifikasikan kes boss tu kes terpinggir. Jun 1992, Saya alami kemalangan jalanraya yang nyaris-nyaris meragut semua gigi saya. Doktor tanya nak cabut tak semua gigi depan? Saya lak tanya doktor tak cabut leh ke? Boleh jawapnya, tapi semua kena jahit, pasal rahang kamu dah dislocate. Ok Doc jahit..3 bulan merana boss! makanan semuannya kena blend, mulut tak leh nak buka, makanan sedut pakai straw...Ya Allah, tuhan saja yang tahu. ukur lilit pinggang susut ke 27 inci, dah macam Mat Gian..kurus. Mana nak selera,...nasi, sayur, ikan, ayam, daging, buah semuanya blend. Bayangkanlah bila tuhan tarik balik nikmat makan....seksa boss! Motorsikal CC besar jual. La ni pakailah cupcai. dah macam beruang naik basikal. Badan besar pakai moto kechik. sabo ajo lah. Ni pun gigi saya sedang ambil no. giliran, tunggu buzzer bunyi.....tet tet.

kakkoi6779 said...

A'Kum
Tahun 2003 koi ada pengalaman cabut gigi bongsu kat sek 10 Shah Alam, gigi tak sakit cuma dah 4 tahun gigi keluar separuh je, susah nak jaga selalu terselit makan, tahu je la klu cabut gigi yg masih kuat, sampai doc pegang kepala jangan kasi itu kepala goyang.

Haron said...

Koi,
Doc tu mesti kuat imannya. Pasal biasanya pembantu Doc yang pegang kepala. Doc cuma pegang player & screw driver. Jarang2,...kadang2...sedikit2,...banyak.... kata Hj Bakhil dan ahli nujum negara.

aimanarif said...

salam..Sakit gigi? pergh!! semua benda jadi x kene dibuatne.. baguslah dah selamt dicabut.. boleh menikmati makanan tanpa masaalah hehehe..selamat hari raya cik Hisyam.. Maaf Zahir dan Batin..

Michelle said...

Akum boss

Nampaknya saya punya pengalaman serupa mcm boss la. Tu la gara gara tergigit tulang ayam.. ingatkan isi..gelojoh beno gaknye.dan makan tak ingat kekawan.. Tapi nasib boss baik ckit .. saya pulak kena operate kat rahan siap tebuk bawah dagu pasal tunggu jumpa pakar punye le lame sampai bernanah...Dah selesai LEGA ! sampai Bos kat office tegur!! you buat pembedahan dagu ke !! kelaka lak.

hisyamchemat said...

Haron, Kakkoi dan Michelle,
Betul la tu... kadang-kadang kita rasa kitalah yang diduga dengan dugaan yang cukup berat tetapi sebenarnya ada orang lain yang lebih hebat lagi dugaannya. Itulah hikmahnya bila berkongsi cerita. Kita sendiri pun sedar bahawa Allah senantiasa menguji hamba-hambanya, malah setiap ujian terhadap hamba-NYA itu adalah sekadar mana hamba-NYa dapat menanggung ujian tersebut.

hijau bumi Tuhan... said...

semoga cepat sembuh...


salam perjalanan...

Brian Benson said...

Klu tangan Dr. tu kuat nak cabut gigi tak perr jgk coz keja pun cepat..Pengalaman aku lu msa cabut gigi,Dr. tu seorang perempuan, punyer la lma dia nak cabut gigi aku ni..he2

rino-nong said...

Lain plak cita aku. Bab tulang2 ni aku paling suka ratah. Lau tulang ayam 2 smp lunyai aku gigit. Kot aku ni pakai gigi along atau angah kot.

Ni aku da petua org tua2. lau nak gi2 kuat :
1. Buang kulit tebu guna gi2.
2. Cuci gi2 guna abu kayu.

klau nak bukti keberkesanannya nti aku ambik gmbr mak aku k. aku pun malu sama dia cos gi2 mcm pagar. 1 gi2 pun x cabut lg.