Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Thursday 12 November 2009

Buah Kilas

Hari Selasa pagi Kamil merengek minta saya belikan air di kedai. Dahaga katanya. Saya singgah di kedai runcit Seksyen 2 untuk belikan air yang diminta. Alahai nak jaga hati... supaya mudah nak hantar dia ke taska.

Semalam sekali lagi Kamil meminta benda yang sama. Sampai sahaja di bulatan berhampiran McDonald Seksyen 2, tiba-tiba pula dia dahaga. Aduh... takkan tiap-tiap hari kot nak melayan kerenah dia. Nanti dah jadi kebiasaan pula. Asal lalu Bulatan McDonald ja... nak air. Susah lo.

Saya dapat akal. " Bos papa ada la pagi ni. Papa ada meeting dengan boss. Nanti kalau lewat papa kena marah dengan boss", kata saya. "OK lah", balas Kamil dengan suara kecewa.

Pagi ni ketika sampai di simpang berhampiran MRCB, Kamil bertanya, "Bos papa ada hari ni". "Tak ada", spontan saya menjawab. "Kuih ni pedas la. Abang nak air. Papa beli air, Boleh!", Kamil merayu. Aduh, dah terperangkap la pulak. Kamil dah kenakan 'buah kilas' da. Apa lagi alasan nak bagi. Layan ajalah. "Ok!", jawab saya ringkas.

9 comments:

nurul said...

budak2 skrg..bijak bijak..hrp kamil bijak utk selamanya...

Lennyek said...

hahahahaa..
pandainye..

hisyamchemat said...

Nurul dan Lenny,
Apa boleh buat. Kamil dah rancang da apa yang dia nak cakap. Terperangkap!

yazilahyazir said...

hahhaha..
bijak..bijak..bijak..
pandai kamil ni...observed with intention

sname said...

enjoyyy!!!

belemoih said...
This comment has been removed by the author.
Apize said...

boleh jadi Psychologist or Negotiator

ima_yo said...

zaman skg anak2 akan ingat apa yg telah diucapkan oleh ayah or mak dia..mereka cepat berfikir..huuuuhuu teror kamil bermukadimah..

kakkoi6779 said...

Boss...
nama pun budak layan jee... tapi jgn selalu. takut naik tocang.