Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Friday 23 April 2010

Selesai

Saya terasa hati dengan seseorang. Aduh kenapalah hati ini boleh terasa pulak... Saya anggap dia seperti saudara sendiri. Sememangnya kami saudara seagama.

Sejarah hidup kami lebih kurang sama sahaja.Anak kampung dan orang susah yang perlu bersusah payah untuk memulakan kehidupan. Iyalah... bermula dari bawah.

Entah apalah sangat sampai saya seperti sukar memaaf dan mempercayai dia lagi. Sudah beberapa hari saya menanti dengan sabar. Saya perlukan kepastian daripadanya. Saya tak perlukan pihak ketiga untuk mendapatkan maklumat.

Setiap hari saya hanya mampu berdoa agar kami dapat dipertemukan pada masa yang sesuai. Detik dan waktu yang tiada gangguan. 'Perhitungan' ini tidak memerlukan pihak ketiga untuk menyelesaikannya. Biarkan kami selesaikannya sendiri.

Kami bertemu dan bertembung beberapa kali dalam minggu ini. Semua pertemuan ini tidak sesuai langsung untuk dibuat 'perhitungan'. Ada sahaja orang yang mengganggu. Tiada percakapan antara kami berdua. Saya setia menunggu masa yang sesuai.

Petang Jumaat ini tepat jam 4.40 petang seseorang tanpa memberi salam dan mengetuk pintu muncul di hadapan bilik saya. Mukanya menyinga marah. Mahunya diterkam saya. Rupa-rupanya banyak sudah 'maklumat' yang dikumpulkannya dari sumber yang pelbagai. Saya jemput dia duduk. Dia tak mahu. Memang dia panas betul. Aik... siapa yang patut panas nie. Dah terbalik kot. Saya jemput lagi dia duduk, dia tak mahu. Mentah-mentah dia tolak permintaan saya ini. Marah betul tu.

Dipendekkan cerita, memanglah berlaku berlaku 'perhitungan'.

Benda kecil yang boleh diselesaikan itu akhirnya berjaya diselesaikan. Alhamdulillah... berkat petang Jumaat persaudaraan kembali terjalin.

Semoga silaturrahim akan terus terjalin. Benar... kalau kita berpecah belah, yang akan ketawa adalah SYAITAN. Jadi kita perlu bersatu padu. Biar SYAITAN menangis dan meronta-ronta.

4 comments:

cebad said...

kita sentiasa mendoakan agar kita akan melakukan kebaikan untuk kesejahteraan di dunia dan akhirat. tetapi oleh kerana nafsu dan ego, akan ada yg tidak akan mengaku kesalahan yg sentiasa dilakukan. sebaliknya, kita dipersalahkan. mungkin saya hanya bersedia percaya sekali shj. sekali terkena ketidakjujuran seseorang, saya amat payah nak percaya kejujuran seseorang. mungkinkah ini kelemahan saya? Allah Jua Yang Maha Mengetahui. Tetapi jika kesalahan telah dilakukan seseorang mestilah dibalas seadilnya. Allah Jua Yang Maha Adil

ChTan said...

Fren,

Syukur syam, kalu kekeruhan itu telah dijernihkan itu kan bagus. Apa- apa yang berlaku di dunia ini boleh diajak berbincang dengan ikhlas dan tulus hati ok! Ini andaian saya yang mungkin betul atau tak yeh yeh yeh

ChTan said...

Fren,

Syukur syam, kalu kekeruhan itu telah dijernihkan itu kan bagus. Apa- apa yang berlaku di dunia ini boleh diajak berbincang dengan ikhlas dan tulus hati ok! Ini andaian saya yang mungkin betul atau tak yeh yeh yeh

hisyamchemat said...

Dr Tan,
Kalau ramailah insan macam tuan di muka bumi ini, maka amanlah dunia.