Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Tuesday, 1 January 2008

Ayam pun Ayamlah!


Sementara menunggu tarikh penerbangan pulang ke tanahair, saya berpeluang bekerja secara sambilan di ladang ternakan ayam Hazeldene di Marong iaitu kira-kira 20km dari Bendigo. Ladang ayam ini adalah antara yang terbesar di Victoria. Ladang ini mempunyai berpuluh-puluh reban ayam yang dilengkapi dengan kemudahan kuasa generator ‘backup’, sistem penghawa dingin, dan kemudahan penyimpanan air dan makanan ayam berteknologi tinggi. Ayam Hezeldene juga mendapat akreditasi sebagai produk halal daripada Victorian Islamic Society. Setiap satu reban mempunyai 40,000 ekor ayam. Saya bekerja dari jam 8.30 pagi sehinggalah ke jam 4.30 petang. Upah yang saya perolehi juga boleh dikatakan lumayan iaitu $17.35 [RM50] sejam.

Kalau nak diikutkan elaun yang diterima oleh penuntut-penuntut di bawah tajaan kerajaan Malaysia di Australia sekarang, saya merasakan ianya lebih daripada mencukupi. Tidak perlu bekerja. Fokus pada pengajian sahaja. Tetapi disebabkan keinginan untuk menimba pengalaman bekerja di tempat orang sambil melihat suasana orang Australia bekerja, maka saya telah mendaftarkan diri dengan agensi pekerjaan Workforce Extensions Bendigo. Dalam hari yang sama juga saya mendapat keputusan bahawa saya telah diterima bekerja kerana mereka mengambil kira pengalaman saya membantu pakcik saya di ladang ayam miliknya semasa di Malaysia. Alhamdulillah saya tidak perlu menjalani sesi latihan seperti yang terpaksa dijalani oleh pekerja-pekerja baru. Ini kerana untuk sesi latihan, upahnya tidak akan dibayar untuk 8 jam pertama.


Semasa bekerja dengan warga Australia di sini saya dapat melihat bagaimana berdisiplinnya mereka bekerja. Mereka datang awal. Bersiap siaga sebelum penyelia sampai [perlu mandi sebelum memasuki reban dan mengenakan pakaian yang telah disediakan]. Tidak curi tulang. Berehat hanya apabila dibenarkan oleh penyelia bertugas dan yang menariknya setiap pekerja membawa bekalan makanan dan minuman dari rumah masing-masing.


Syukur kerana saya diterima baik di sini oleh rakan-rakan sekerja dan tidak berlaku sebarang diskriminasi warna kulit. Paling menariknya mereka amat berminat apabila mengetahui saya seorang Muslim!

2 comments:

Anonymous said...

ayam tu tak pe en hisyam, jangan ayam len sudah, kayo la en hisyam bila sejam dah rm 50, kalau dah berjam-jam keje, manyak tuh....
yasir foo

hisyamchemat said...

Takdalah sampai kaya. Saja seronok isi masa lapang selepas selesai semua penulisan projek penyelidikan. Yang penting dapat peluang bekerja dengan orang Australia. Mereka ini rupanya bukan jenis suka 'mengular'. Berehat apabila sampai masanya sahaja. Makanan pula semuanya mereka bawa dari rumah. Itu yang sebenarnya matlamat saya.