Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Friday, 18 April 2008

Gigi Punya Angkara

Dah lama saya memendam hasrat untuk berkunjung ke Klinik Pergigian. Kesibukan tugas menjadi penghalang utama. Kali terakhir adalah pada 15 Februari 2007. Itu pun seminggu sebelum berangkat ke Australia. Rupa-rupanya kedua-dua tampalan yang telah tercabut daripada gigi saya semasa di Australia telah meninggalkan lubang yang besar. Tak mampu nak ke klinik gigi di sana menyebabkan saya mengambil keputusan tunggu sehinggalah pulang ke tanahair. Hari ini, sebahagian daripada masalah itu telah selesai. Kini saya menunggu panggilan daripada Klinik Pergigian Fakulti Pergigian UiTM untuk temujanji seterusnya.

Kos pergigian yang terlalu mahal di Australia menyebabkan rakyatnya sanggup terbang ke Indonesia atau negara Asia lain untuk berjumpa dengan doktor gigi. Sesungguhnya saya sangat bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah subhanahu wataala mengajar di UiTM dengan rawatan pergigian boleh dilakukan di Klinik Pergigian UiTM atau di Fakulti Pergigian dengan bayaran yang paling minima. Jimat banyak oooo.

3 comments:

Anonymous said...

betul...! kita kena bersyukur sbb di kurniakan gigi...

Anonymous said...

Dari Penjengok-Penjengok Tegar,
Betoi ka sebab kos perubatan doktor gigi yang mahal ka atau Ketua Lanun takut pada doktor?

Mana tau para lanun-lanun tak tau yang Ketua Lanun takut doktor gigi kot......

Cheers .........

hisyamchemat said...

Team tact,
Betul tu... Gigi sihat senyuman menawan :)

Penjengok-penjengok Tegar,
Taaaaaak, saya tak takut doktor gigi, sebenarnya doktor gigi yang tak takut dengan saya.