Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Thursday 10 April 2008

Jasamu Dikenang

Tak sah sekiranya saya tidak mengucapkan kata keramat TERIMA KASIH kepada kesemua mereka yang banyak membantu saya di dalam menjayakan Amali Perkhemahan Akhir di Tasik Kenyir. Kesudian Dekan untuk memberi kelulusan sangat-sangat saya hargai. Seterusnya beliau juga sudi untuk merasmikan upacara pelepasan pelajar-pelajar untuk ke Tasik Kenyir. Walaupun beliau sibuk dengan jadual tugas, tuan Dekan juga berjaya meluangkan masa untuk ‘turun padang’ melawat para peserta di tapak perkhemahan di Kenyir Sanctuary Resort. Ini telah memberikan semangat baru kepada para peserta setelah bersengkang mata dan berpenat lelah menjalani aktiviti yang padat.

Cik Sue (bekas Timbalan Dekan) yang sekali lagi berjaya meluangkan masa berkhemah biarpun sibuk dengan pengajian peringkat PhD beliau. Seperti tidak sah Amali Perkhemahan Akhir tanpa kehadiran Cik Sue kerana para Alumni dan fasilitator sentiasa menantikan kemunculan beliau.



Pendatang baru dalam ‘Final Camp’ adalah saudara Hosni dan Saudara Shahril telah menambahkan lagi koleksi pensyarah yang sudi melapangkan masa untuk bersama-sama pelajar-pelajar di luar daripada bilik kuliah.

Kedua mereka juga diterima dengan senang hati oleh para fasilitator dan peserta. Tidak dilupakan juga kepada saudara Adnan yang banyak membantu mmpermudahkan kerja saya berkaitan peralatan aktiviti. Kehadiran beliau telah menjadikan Amali Perkhemahan Akhir mendapat ahli keluarga baru.





Saudara Mazlin Othman yang hadir bersama Nurul Safinas [isteri] dan Maisarah [cahayamata] telah banyak membantu saya di dalam merencanakan program untuk pelajar diploma. Sokongan dan bantuan beliau bersama alumni PERLU seperti Yazilah, Shawn, Hafiz, Yasir, Azlina Karim dan bakal alumni Razif a.k.a Boy amat saya hargai. Mereka ini sanggup mengambil cuti tahunan dan ada sebahagiannya sanggup menggunakan bajet sendiri untuk menghadirkan diri di Tasik Kenyir. Diharapkan di lain perkhemahan akan ‘muncul’ lebih ramai alumni yang telah lama tidak bersua. Ema Syamsida yang bertugas di Sabah telah membuktikan apabila beliau muncul bersama suami dan cahayamatanya. Yang lain, bila lagi? Buang yang keruh, ambillah yang jernih... Barang yang lepas janganlah dikenang. Yang baik jadikan ikutan, buruk jadikan sempadan.

Tidak saya lupakan saudara Mohd Muqharabbin Moktaruddin di atas kesudian beliau menziarahi kami semua di Tasik Kenyir. Terima kasih di atas kesudian beliau mengisi satu slot bersama Wira Negara. Biarpun telah menjejakkan kaki ke ‘puncak dunia’ dan berbasikal mengelilingi dunia, Qobain yang saya temui kini tetap merupakan insan saya sama ketika saya kenal dulu sebelum mencipta nama. Beliau seorang yang suka merendah diri dan sentiasa bersedia untuk berkongsi pengalaman dan cerita suka duka beliau kepada sesiapa sahaja yang sudi mendengar. Di Tasik Kenyir beliau merupakan jurugambar sepenuh masa [rasanya mungkin ini hobi baru beliau]. Masa lapangnya diisi dengan memancing [sanggup meminjam joran dan seterusnya membeli di Kuala Berang].

Kepada barisan fasilitator daripada Persatuan Pembimbing Rekreasi Luar (PERLU) UiTM yang diketuai oleh Presidennya, saudara Syariman ingin saya ucapkan berbanyak terima kasih. Tanpa kehadiran mereka dan bantuan yang telah mereka curahkan kepada para peserta sebelum program tentu sukar untuk program ini mencapai objektifnya. Di samping membantu saya memberi tunjuk ajar kepada adik-adik mereka, ahli PERLU juga banyak menimba pengalaman bagaimana untuk menjadi fasilitator yang lebih efisien. Barisan fasilitator kali ini juga dianggotai oleh ahli yang akan bergraduat [insyaallah] seperti saudara Firdaus a.k.a Ustat, Mustakim, Azmi dan Elham a.k.a Abe. Keempat-empat mereka ini telah mengikuti program saya bermula daripada mereka masih peringkat Diploma lagi sehinggalah akan bergraduat di peringkat ijazah. Saya mendoakan kejayaan mereka semua. Di samping itu kehadiran fasilitator dari pelbagai kemahiran di dalam kumpulan fasilitator ini sesungguhnya dapat membantu percambahan ilmu di kalangan mereka juga. Terima kasih juga khas buat Hazriq a.k.a John, Lenny, Dilla, Hafiz Hadran, Boyington, Napisah, Tengku, Pak Lah, Adzimah dan Shafizi dari PERLU UiTM.

Tak lupa untuk isteri tersayang Norliza Ali Wee dan anak-anak Kamilia Afiqah dan Kamil Afiq yang sanggup berhujan panas untuk memberi semangat. Kehadiran mereka cukup signifikan untuk menambahkan lagi kasih sayang di dalam keluarga saya.

Terima kasih semuanya... Allah sahaja bisa membalas jasa kalian semua. Amin

6 comments:

Anonymous said...

From Spansioners,
Terima kasih banyak2 kepada Boss kerana masih berani dan percaya kepada kumpulan2 alumni terutamanya yang dah nak pencen. Moga2 tujuan baik nie berterusan.

hisyamchemat said...

Mr Spansioners,
Takkan dah nak pencen kot. Muda lagi oi. Jangan risau, selagi anda semua ikhlas untuk mendidik dan tidak terpesong akan saya beri peluang seadanya. Terima kasih kerana masih sudi berbakti.

Anonymous said...

bos, selagi ada masa dan tenaga kami akan datang membantu kerana kami ingat asal usul kami. banyak yang kami belajar dari bos. bila kami pergi lagi dapatla kami belajar lebih.untuk menjadi instructor yang lebih efisien kan. never stop learning.
perlu member`s

team tact said...

PERLU dah diberi tugas superman... so kena la jadi superman... tq bos, tlong bagi lagi...ILMU..

hisyamchemat said...

Saudara/i Anonymous dan team tact,
Saya tersangat terhutang budi di atas bantuan dan khidmat anda. Sesungguhnya ilmu yang dikongsi secara seluas-luasnya sahaja akan membawa kepada penjanaan ilmu baru, manakala ilmu yang tidak dikongsi bersama orang lain dan tidak diamalkan, tidak membawa apa-apa makna.

sname said...

Ehem...
hehe
thnks a lot boss..

boss final camp semester nih..
saya nak ikot..
plzzz..
:)