Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Wednesday, 23 April 2008

Ujian Peringkat Tertinggi

Petang ini akan berlangsung ujian kecergasan [terakhir] bagi pemilihan atlit untuk membawa tanggungjawab FSR di Sultan Ahmad Shah Tioman Eco-Challenge 2008. Ujian ini akan dikendalikan oleh pensyarah Sains Sukan, Y.M. Raja Mohamed Firhad dan Saudara Mohd Shahril Mahmud. Masa untuk latihan telah diberikan secukupnya. Jadi kita nantikanlah detiknya petang nanti untuk mengetahui siapakah yang sebenarnya layak untuk membawa cabaran FSR ke Pulau Tioman.

Dekan FSR telah menyatakan secara 'verbal' kesanggupan pihak fakulti untuk menaja keseluruhan kos ke sana. Oleh itu kita tidak mahu satu pasukan 'cap ayam' yang akan dihantar. FSR mengharapkan pasukan yang dihantar nanti mempunyai semangat waja dan seterusnya mampu menaikkan nama FSR dan UiTM.

8 comments:

Anonymous said...

Saya ditugaskan untuk menjadi 'cameraman'. Jadi saya hanya duduk tepi dan mengambil gambar sebagai bukti kepada Tuan Dekan bahawa atlit yang dipilih menjalani sesi pemilihan.

Tapi sebenarnya saya pun nak turut serta dalam pemilihan ini. Tapi memandangkan badan yang tidak mengizinkan, saya tolong dari segi yang lain pula.

Asalkan dapat tolong En. Syam.

HiCMat said...

Terima kasih kerana sudi membantu saya. Datanglah beramai-ramai memeriahkan suasana. Sokongan semua dinantikan.

Anonymous said...

Dari Penjengok-Penjengok Tegar,
Kalau ada cara tertentu yang membolehkan alumni disektor swasta dapat sama membantu.
Rasanya tiada masalah kalau dapat cuti tanpa rekod atau arahan melepaskan kakitangan tertentu utk event ini tanpa perlu mengambil cuti tahunan.
Mana tau geng 'pencen' diperlukan dalam hal ini.
Ini adalah cadangan semata-mata.

Cheers .....

HiCMat said...

Penjengok-penjengok Tegar,
Cadangan anda akan dipertimbangkan sekiranya keperluan mendesak. Harap maklum.

hafiz tahar said...

tak mau pilih saya ke apa? fit tau

HiCMat said...

Saudara Hafiz Tahar,
Pemilihan dan pencarian masih diteruskan silalah hadirkan diri di Stor Rekreasi FSR. Petang ini larian 10K. Selamat mencuba.

teamtact said...

saya jadi marshall sudah.... insyaAllah race ni dapat jadi platform untuk cari pengalaman... satu hari nanti ramai2 tolong saya jayakan international race saya pulak....tq

HiCMat said...

Team Tact,
Anda TERPILIH.