Nak ke tandas pun kena isi borang ka, encik? Itulah pertanyaan apabila calon-calon yang mengambil peperiksaan diminta mengisi borang sebelum meneruskan hajat mereka untuk keluar ke tandas semasa peperiksaan berlangsung.
Yang menariknya ketika saya mengawas 21 orang calon-calon pelajar matang Diploma Pengajian Sukan daripada PDRM, lebih daripada separuh [11 orang] keluar menunaikan hajat.
Pelik ya... untuk kertas selama 2 jam, calon-calon masih sempat untuk keluar 'berehat' atau ambil angin sebelum meneruskan perjuangan menghabiskan sisa-sisa soalan yang belum terjawab. Kalau saya dulu nak keluar ke tandas pun rasanya tak sempat. Rupa-rupanya baru saya tahu, keluar mengambil 'oksigen'.
Namun di akhir peperiksaan beberapa calon tadi merungut. Masa tak cukup la, encik. Mana taknya, arahan tak dibaca. Disuruh jawab dua soalan esei, dijawabnya tiga. Takkan itu pun nak diajar kot?
7 comments:
Dari Penjengok-Penjengok Tegar,
Tu lAh dEpa nie, kalAu taK 'FIT' macaM maNa nak ambiK eXam.
Kena betoi-betoi 'FIT' bAru ada fEel nak ambik exam.
Pasai tu lah dok asyik keluaq ambik 'oksiGen'.
DuNia ZaMaN SeKaRang.
Cheers .....
Penjengok-penjengok Tegar,
Tak "FIT" ka ATAU tak BERSEDIA.
depa nie maeng2...depa ingat senang la nk dapat diploma and degree.....kolej cap ayam buleh la....hahahaahah
Ayie,
Betul tu. Semua kena ingat... bukan senang nak senang. Usaha dahulu baru bertawakal. Rezeki secupak takkan jadi segantang. Pepatah Inggeris juga ada menyebut “what you give you get back.” Maknanya, apa yang anda beri, itulah yang anda dapat.
ambik oksygen ka ambik maklumat kat dalam flush tu....
p/s; saya x penah buat
Dari Penjengok-Penjengok Tegar,
Mengkala sebut tak 'FIT' maknanya tak bersedia lah tuh.'FIT' tu membawa banyak maksud tersirat dan tersurat, macam ada yg komen dalam blog nie panjang lebar dan macam diari peribadi pun ada, karangan SPM Bahasa Malaysia pun ada, pastikan lulus dan ada ijazah, ayat power tapi kalau tak lepaih pun kacau Malaysia la ..
Cheers .....
Team tact & Penjengok-penjengok Tegar,
semalam saya terlibat mengawas kertas Biomekanik. Kata seorang daripada pengawas yang terlibat, kertas ini selalunya calon cuba untuk bawa 'toyol'. Namun, alhamdulillah sehingga habis waktu peperiksaan tiada yang kelihatan dan ditangkap meniru. Mungkin hasil gertakan dan doa seorang cikgu yang ingin muridnya berusaha menjawab tanpa bantuan 'asing'. Apa yang saya perhatikan, calon-calon ini memang 'FIT' untuk mengambil peperiksaan.
Post a Comment