Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Wednesday 4 June 2008

Naik Lagi

"Innalillah petrol naik lagi." Itulah yang terbit daripada mulut saya apabila mendapat panggilan daripada Shawn. "Boss... minyak naik harga, saya tengah beratur panjang la nie", kata Shawn.

Saya yang kebetulan baru keluar daripada Pasaraya Bintang terus menjemput Kamilia kat tempat mengaji dan seterusnya menuju ke Petronas. Memang bersusun kereta. Banyak sungguh kereta. Semuanya dah tak sabar nak isi minyak. Harga petrol naik 40% ke RM2.70. Sakit ooo.

Tengah beratur dapat pula panggilan Liza. Maklumkan perkara yang sama.

Lepas isi tangki MyVi putih terus pulang ke rumah. Solat Maghrib. Satu lagi tugas menanti. Kini tangki Waja pula perlu diisi.

Beratur semula. Kali ini lebih panjang. Ramai yang saya lihat dah mula hilang sabar. Mulalah ada yang potong barisan. Dah tak berapa nampak barisan. Tak ada kesedaran sivik langsung. Itulah 'orang Malaysia'.

Terdengar seorang 'orang besar' yang memakai kereta besar yang terperangkap dalam kesesakan tersebut berkata, "Apala... beratur nak isi minyak macamla boleh tahan setahun". Saya faham maksud beliau. Beliau ada pemandu. Mungkin beliau orang berada, bolehlah cakap macam tu. Apalah sangat dengan isi petrol sebanyak RM60.00. Sehari pun dah habis. Tapi orang macam saya RM60.00 boleh pakai seminggu. Jimat. Lepas ini mungkin RM60.00 untuk 2 hari sahaja.

Ada satu kejadian turut menarik perhatian saya. Dua orang pemandu perempuan terlebih isi petrol. Apa lagi melimpah petrol kat atas lantai. Nasib baik Abang Bangla kat stesen minyak tu perasan. Kalau tak mandi minyak la jawabnya. Nak penuh punya pasal.

1 comment:

Anonymous said...

Dari Penjengok Penjengok Tegar,

Tu diaa, PPT sendiri malam tadi malas nak pi isi minyak sebab dah macam demam musim perayaan kat stesen minyak. Berebut-rebut, bertengkar-tengkar, bermasam muka dan macam-macam ada kat kebanyakan stesen minyak yang PPT lawati. PPT siap buat lawatan sambil belajar macam zaman sekolah dulu-dulu.
Apa pun lepaih nie kalau SRAT atau Team Tact memerlukan khidmat PPT dan Hicmat kena UP la sikit bayaran naaaa....
Harap Operation Manager SRAT dan Team Tact boleh tackle hal nie.

Jangan marah naa.........

Cheers .....