Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Monday, 16 June 2008

Pupus Perlu Pengganti

Hari ini Firdaus akan memulakan tugas sebagai pensyarah di Institut Teknologi Darul Takzim (INSTEDT). Azmi telah memulakan tugas sebagai pengurus di salah sebuah pusat latihan di Sungai Merab, Bangi bermula minggu lepas. Mus pula dah mula bekerja di salah sebuah konsultan latihan di Selangor.


Mereka yang saya sebutkan nama tadi merupakan antara fasilitator dari Persatuan Pembimbing Rekreasi Luar (PERLU) UiTM yang aktif membantu saya di sepanjang pengajian mereka di UiTM. Kesemua mereka baru sahaja mendapat keputusan akhir pengajian mereka minggu lepas. Kesemuanya telah TAMAT pengajian. Alhamdulillah kesemuanya telah mendapat pekerjaan.

Kini PERLU memerlukan pengganti seperti mereka bertiga yang komited dalam menyumbang masa dan tenaga untuk mengembangkan ilmu rekreasi kepada generasi baru di UiTM umumya dan FSR khususnya. Firdaus, Azmi dan Mus telah menjadi alumni PERLU. Idea mereka pasti turut ditagih oleh adik-adik junior.

Saya juga tidak melupakan jasa para alumni yang telah lama bergraduat tetapi masih lagi tidak jemu-jemu membantu saya menjayakan perkhemahan dan amali-amali yang diadakan hampir setiap minggu di sepanjang semester pengajian. Sesungguhnya ilmu yang bermanafaat sekiranya dikongsi bersama-sama tidak akan luput sebaliknya akan terus berkembang.

Semester baru akan bermula tidak beberapa lama lagi. Adakah saya akan punya pembantu yang sesetia alumni yang lalu? Ilmu telah ditaburkan. Saya hanya mampu berdoa.

9 comments:

Anonymous said...

Dari Penjengok-Penjengok Tegar(PPT),

Syukur kepada ALLAH S.W.T kerana di kalangan student Boss yang dah mula ada kerjaya dan paling penting ada sumber kewangan untuk hidup dan belajar memajukan diri.
Harapan PPT janganlah jadi Kacang Yang Lupakan Kulitnya.
Terdetik pemikiran PPT untuk menyatakan sesuatu akibat Nukilan Boss 'Budaya Subsidi'. PPT telah mula menerima feedback dari ahli PERLU yang rasa komen dan feedback dari PPT ada juga kebenarannya.
Cuma bermain apa yang bermain dalam fikiran PPT mengapa hanya seorang saja yang mampu bertanya dimana silapnya 'Kami'. Wakil tu jugak ingin pentunjuk dan nasihat bagaimana nak merubah PERLU UiTM.
Mana perginya yang lain? Adakah cukup disini sahaja.......
Last but not least, adalah menjadi harapan PPT agar para alumni tidak lupakan hasrat untuk terus membantu En.Hisyam Che Mat.
Ingatlah orang-orang seperti Mazlin Othman, Nurul Safinas, Rafsan Saadun, Yasir, Shar, Stone,Add adalah manusia dibelakang tabir yang sentiasa cuba untuk bantu Boss yang mana mampu. Nasihat yang mereka berikan walaupun tak se'power' Boss. Ikutlah 'passion' mereka ini.
Ada juga alumni yang terus hilang apabila budi telah ditabur. Adakah kerana isteri, suami, cara hidup, kerjaya buat mereka berubah sikap dan langsung tidak berhubung? Ada jugak PPT nampak ada hamba ALLAH alumni PERLU UiTM bila dah ada kekasih, habis rakan-rakan seperjuangan ditinggalkan begitu sahaja.
PPT nie pun tak lah baguih mana tapi cuma selalu ingat istilah Boss dulu-'Always Go Back to Basic'.
Janganlah bila ada depan Boss Wayang Kulit anda Boss tak nampak.. The true colors is always there to be view.....

Renung-Renungkanlah.....

Cheers .......

HiCMat said...

PPT,
Saya sokong. Renung-renungkanlah dengan MATA HATI. Pasti ada yang tersirat di sebalik yang tersurat.

Tropic Puppet said...

Saya pun sokong... Insya'allah, kalau ada kelapangan saya akan cuba untuk membantu En. Syam apa yang patut. Rasa macam missing something kalau xdapat ikut program yang En. Syam atau PERLU anjurkan.

lennyek said...

saya lg sokong..walaupun saya still baru dalam persatuan..saya akan cuba utk bagi comitment utuk persatuan..

teamtact said...

insyaAllah saya akan terus bantu apa yang boleh dan dan bolehkan apa yang tak boleh.... doa guru inyaAllah akan terma'kbul.... BANGUN SEMUA ORANG2 KAMPUNG....!!!!

teamtact said...

insyaAllah saya akan terus bantu apa yang boleh dan dan bolehkan apa yang tak boleh.... doa guru inyaAllah akan terma'kbul.... BANGUN SEMUA ORANG2 KAMPUNG....!!!!

teamtact said...

apa yang dah berlaku memaksa saya hantar comment sekali lagi. hati panas...panas kat sapa??? mungkin kami yang salah tak pandai mendidik pelapis..... kalau itu lah yang betul saya mintak maap banyak2.... pikir dan usahala sebaik2nya untuk naikkan PERLU yang nampak mcm malap.... tapi INGAT!!! mungkin PERLU nampak malap dimata hampa bukan kami (ALUMNI)... Bagi la tok guru macam mana pun kalau dah "bebai" tak jadi jugak.... semuanya bermula dalam diri sendiri.
kalau mbik positif insyaAllah comment ini akan jadi positive, samala kalau sebaliknya....

mohd said...

come semua...alumni sedia berkhidmat sekiranya di perlukan...InsyaAllah...Go Go Go Perlu...

MEMS said...

saya pon sokong..
:(
walaupon agak kepasifan skit..
tapi perlu tetap kat hati..