Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Tuesday 10 June 2008

Sakit

Semalam saya MC. Kamilia dan Liza turut serta. Semuanya mungkin berpunca dari salah makan kot. Keracunan makanan.

Kamil seorang sahaja yang OK.

Seawal jam 12.15 malam Isnin Kamilia dah mula muntah-muntah. Lebih daripada 10 kali dia muntah semalam. Alhamdulillah, selepas dibawa ke klinik jumpa doktor dan makan ubat, hari ini Kamilia dah boleh ke sekolah semula.

Saya pula sakit kepala melampau dan cirit birit. Bermula daripada malam Sabtu lagi. Aduh.. lembik la jugak. Jadi tak ada lah PTK untuk saya pada kali ini. Tak ada rezeki kali ini. Sakit kepala masih terasa lagi. Perut pun asyik dok memulas saja. Inilah dugaan untuk kami sekeluarga. Kami redha.

3 comments:

Anonymous said...

Dari Penjengok-Penjengok Tegar,

Takpa, jaga kesihatan dan jangan lupa makan ubat.

Dugaan dari ALLAH.

PPT masih teringat peristiwa kena situasi yang sama masa di Banding..

Cheers .......

hisyamchemat said...

Terima kasih PPT,
Nanti saya ceritakan pula kejadian tergolek di Gerik.

Anonymous said...

Setiap yang berlaku ke atas hambaNya ada hikmah disebaliknya. Penyakit yang datang dapat menghapuskan dosa-dosa kecil umatNya jika kita redha menghadapinya dengan tawadhuk dan tenang. Penyakit yang datang adalah musabab untuk kita selalu ingat kepada yang memberi kesakitan itu.

Seperti contoh Nabi Allah Ibrahim a.s dilemparkan ke dalam api yang marak menyala, tetapi api tersebut tidak membakar Nabi kesayangan Allah itu. Sifat api adalah panas dan boleh membakar, tetapi sebaliknya berlaku, api yang membakar tubuh Nabi Allah Ibrahim menjadi sejuk dan menyelamatkan Nabi Allah Ibrahim. Sesungguhnya Allah yang mengkehendaki sesuatu.

-ust-