Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Friday, 14 November 2008

Membebel Lagi

Tak habis-habis lagi. Cerita yang sama juga masih berulang. Susah la kalau dah tak nak berubah. Cerita yang sama masih lagi berlarutan dengan adanya orang yang telah dipertanggungjawab yang tidak ikhlas. Zalimkan saya ni kerana terlalu cepat 'menghukum' manusia lain tanpa usul periksa. Tentu ada yang bertanya bagaimana saya mengukur keikhlasan seseorang. Mungkin bagi yang melakukannya merasakan dirinya sudah cukup ikhlas, berintegriti dan beramanah di dalam melaksanakan program.

Bagi saya, kalau tanggungjawab telah diperturunkan oleh ketua, maka perlulah kita melaksanakan dengan penuh amanah dan berintegriti. Janganlah seperti melepaskan batuk di tangga. Bajet yang banyak, hanya disia-siakan ke tempat yang tak sepatutnya. Ayat biasa yang akan didengar sesama mereka, "Asal jadi ja cukuplah. Peserta-peserta yang datang tu pun cuma hendakkan sijil ja bukannya ilmu". Ini konsep yang salah. Takkanlah sebegitu mudah untuk kita mengeluarkan sekeping sijil. Di mana letaknya nilai sekeping sijil tersebut sekiranya ilmu di sebaliknya tiada. Sijil tetap sijil. Kalau pengisian untuk mendapatkan sesuatu sijil itu tidak dipenuhi, maka sia-sia sahajalah produk yang dihasilkan.

P/S: Tak perlulah ditanya bagaimana semua ini saya tahu!

4 comments:

Ahmad Firdaus Ibrahim said...

Agak keras dan tegas juga post kali ni. Saya paham perasaan manusia. Kita bukan robot tak dak perasaan. Sekali sekala meletop apa salahnya. Saya harap Boss cool dalam menghadapi sesuatu keadaan.

Anonymous said...

wah, saya membaca ini dengan penuh kefahaman insyaAllah.

ADDIN "My Life Is Beautiful" said...

salam ketelusan..

kepada KBS sila la buat sesuatu dengan penuh kejujuran..war war kan lah berita tentang sebarang program yang akan dianjurkan..jgn ler jadi katak bawah tempurung..dibayar gaji untuk berkhidmat kepada masyarakat ..laksanakanlah tanggungjawab itu sepenuhnya...ramai masyarakat yang dahagakan ilmu..bukannya pandang sangat pada sijil..apa ada pada sijil jikalau ilmunya...hem boleh dipertikaikan...mengapalah orang yang sepatutnya tidak diberikan jawatan yang sepatutnya....kalau orang yang diatas itu lembab maka apatah lagi orang dibawah....harap teguran ini dapat dicernakan secara positif agar manfaatnya dapat dikongsikan bersama

latihan itu direka agar hasilnya dapat dilihat dan mencapai matlamat yang telah digariskan..kita masih terlewat atau pun sukar berkembang kerana adanya kelemahan dari sudut pentadbiran yang masih berfikir disebalik kerangka kepala lutut bukannya menggunakan akal yang sihat untuk melihat pembangunan rekreasi sebagai satu ruang pembelajaran yang berkesan..

maafkan saya jika terlatah secara kasar, kadangkala manusia ini perlu dihentak baru tahu kemampuannya yang sebenar..

"tunaikanlah tanggung jawab kepada masyarakat "
wasalam

teamtact said...

salam rekreasi....

setuju sangat saya dgn addin..... bila laksanakan program guna kepala lutut...... tapi bila pasal duit akal depa ni ligat berpusing....

harap-harap akal pihak-pihak bertanggungjawab seperti, pengarah JBSN, BPR dll juga ligat berpusing....

sorry la....
raja adil raja disembah.....
raja zalim raja disanggah.....