Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Friday, 21 November 2008

Jagalah Hati

Alahai hilang la pulak selipar jepun saya. Terpaksalah berkaki ayam menapak ke kereta. Nasib baik cuaca redup, tak panas macam selalu.

Itulahlah peristiwa malang yang menimpa saya sebentar tadi selepas solat Jumaat. Kawan-kawan semua memakai selipar masing-masing dan saya tak ada selipar nak dipakai. Dah kena 'culik' la pulak.

Saya rasa tentu ada sebabnya. Mungkinkah sebab hati saya meronta membangkang apa yang 'dibaca' oleh khatib yang membaca khutbah sebentar tadi, maka saya menerima akibatnya. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Rupanya bukan jiwa saya seorang yang memberontak dengan isi khutbah tadi. Kawan yang menaiki kereta yang sama dengan saya juga sependapat dengan saya.


Semasa di Tanah Suci dahulu, hati saya pernah berkata, "Kenapa sandal aku tak hilang sedangkan orang selalu bercerita yang selipar atau sandal mereka hilang apabila bersembahyang di Masjid Nabawi atau Masjidil Haram". Pagi yang sama, sebaik selesai solat sunat Dhuha di Masjidil Haram, sandal saya hilang. Padahal saya dah sorokkan di tempat biasa. Maka menapaklah saya di atas permukaan tar yang semakin panas ke kedai berhampiran. Kan dah kena.

Maka lain kali saya kena lebih berhati-hati dengan kata hati.

5 comments:

fhr 3616 said...

saya pernah terkena sekali. mmg betul encik hisyam - waktu tu hati saya rasa tak sedap je macam ada orang nak curi sandal.

tapi hilang sandal tak sampai kena bagi dia panas kot? hehe

kesian juga tgk kadang2 pensyarah hilang kasut kulit selepas solat jumaat.

khutbah di masjid baru sy pergi kali ini sangat best. wlpn orang politik bg khutbah, tak ada bunyi politiknya..lega. masjid wakaf rakyat sama macam MARDI.

MuScLEgAiN said...

ya betul.... sebab mulut badan binasa
sebab hati selipar tiada...

kuDULT said...

Salam...

Halalkan je. Pencuri dapat selipar dan tak berdosa. Engkau hilang selipar dan dapat pahala. Doakan semoga org tu akan menjadi baik setiap kali pakai selipar tu.

Kalau tak halalkan...Kau hilang selipar dan tak dapat apa-apa. Orang tu dapat selipar dan dosa. Sapa untung? Syaitan jugakkk...

HiCMat said...

Kudult,
Memang aku dah halalkan. Semoga Allah mengampunkan dia.

imayo said...

saya xpenah g ilang selipa dsebabkan kata hati..tapi saya penah tehantuk kepala yang amat kuat sehingga kepale saye jai sengal2 dek kerana kata hati..nak marah pd seseorang tapi xterlontar vokal sbb takot kene marah blk..jd saya menyumpah secara unverbal la..tup2 lps je biz ayat terakhir..terhantuk kat sinki lam toilet..aduhai..cpt sungguh balasan Tuhan..insaf sekejap!!