Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Tuesday, 25 November 2008

1 LAWAN 30

Dahsyatnya. Tak ada keperikemanusiaan langsung. Ada ka patut, 30 orang lawan seorang. Hanya Jackie Chan, Bruce Lee, Shah Rukh Khan, Salman Khan dan hero-hero filem saja yang boleh menang.

Nak dijadikan cerita pulak, konstabel yang diserang itu adalah adik kepada mantan Presiden PERLU, Syariman. Sebentar tadi saya sempat mendengar serba sedikit cerita berkaitan kes ini dari mulut Syariman sendiri. Adiknya masih lagi koma. Berita tentang kejadian tersebut ada di sini.

Penyerangnya? Saya pun tak pasti. Kalau selamat pun di dunia ini. Tunggu la di akhirat nanti. Mungkin depa terlupa dengan hari pembalasan di mana segala kerjabuat mereka pada malam tersebut akan dipaparkan semula.

Kenapalah mereka letakkan otak di tempurung lutut. Bukankah negara kita ada undang-undang. Gunakanlah seadanya. Kalau tak adil juga tunggu 'di sana' nanti. Mungkin juga inilah sahaja caranya untuk memuaskan hati mereka kot. Tak pun mereka sedar bahawa mereka ada 'kabel' besar di dunia ini yang boleh melepaskan mereka sekiranya dihadapkan ke pengadilan nanti.

Saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Konstabel Mohd Fairuz Shafie (adik Syariman). Semoga mereka sekeluarga tabah menghadapi dugaan yang Allah turunkan kepada mereka.

Saya juga berdoa agar penyerang-penyerang tersebut insaf dan segera memohon maaf kepada Fairuz dan keluarganya di atas tindakan melulu yang mereka telah lakukan. Marilah sama-sama kita mendoakan saudara Fairuz sedar dari koma beliau dan pulih seperti sediakala. Amin ya rabbalamin.

3 comments:

teamtact said...

salam....

Marilah sama-sama kita mendoakan saudara Fairuz sedar dari koma beliau dan pulih seperti sediakala....dan org yang melakukan terbuka pintu hati utk bertaubat dan meminta maaf..Amin Ya Allah.....

yazilahyazir said...

salam boss..
Teruk betul...kekadang, pe'el manusia tu bole bertukar menjadi binatang. Dah tak tau nak guna akal....
Semoga Fairuz sedar, kembali stabil dan pulih kembali...Amin..

Kelab Kepimpinan dan Kejurulatihan Rekreasi Luar said...

saya rasa pendidikan asas perlu dikembalikan. kalau kita baca balik buku2 klasik dari tamadun Islam, Barat dan sebagainya, kita akan temukan bagaimana generasi awalin ini akan berbincang persoalan seperti apa itu keadilan? apa itu kesejahteraan? apa itu kecantikan?

nampak memang macam buang masa, tapi hakikatnya sistem kehidupan dibangun dari pengertian yang mendalam tentang ini.

semoga mangsa dipelihara Allah s.w.t. di dunia dan akhirat.