Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Wednesday, 19 November 2008

Bahagian Akhir

Tidak ada tanda-tanda yang jam tangan saya akan dipulangkan semula. Saya masih boleh bersabar. Saya yakin barang saya akan dipulangkan. Jangkamasa pemulangan tidak pula dapat saya jangkakan. Cepat atau lambat hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

Saya menghubungi Baba di kampung untuk membantu memberi idea baru sekiranya ada sebarang usaha lain untuk melembutkan suspek agar memulangkan semula jam tangan saya. Saya ceritakan segala kejadian yang berlaku pada waktu tengahari tadi. Baba mencadangkan kepada saya agar membaca surah Yassin pada malam tersebut. Di setiap 7 ayat yang diakhiri dengan Mubin di dalam surah Yassin saya disuruh berhenti seketika dan meletakkan lidah di lelangit dan berdoa.

Saya menuruti petua yang Baba sampaikan satu demi persatu pada malam itu. Saya berdoa dengan sesungguhnya. Merayu kepada Allah SWT agar melembutkan hati pencuri jam tangan saya agar memulangkan semula barang kesayangan saya itu. Sememangnya saya tidak mempunyai niat langsung untuk berkasar dengan suspek atau penjual jam tangan saya.

Pada masa yang sama saya mendengar di bilik air bawah seseorang sedang mandi, kepanasan agaknya. Saya jangkakan itulah orangnya yang bersubahat mencuri dan menjual jam tangan saya. Tapi dia sungguh-sungguh tidak mengaku.
Keesokan paginya, jam tangan yang hilang tersebut sudah berada di tepi tempat pembaringan saya. Alhamdulillah. Syukur nikmat Allah kerana menemukan semula harta yang saya beli dengan wang hasil titik peluh saya sendiri.

4 comments:

Ahmad Firdaus Ibrahim said...

Terima kasih kerana berkongsi pengalaman. InsyaAllah saya akan gunakan di masa depan.

fhr3616@hotmail.com said...

syukurlah En. Hisham.

dulu di kolej saya pernah budak dibelasah ramai2 kerana DISYAKI mencuri. kesian pula saya pada budak ni kerana mereka memaksanya bersumpah dgn nama Allah. Kemudian bila budak ni bersumpah, mereka tetap membelasahnya. Seolah2 sumpah tadi tak ada sebab disuruh.

saya sedar bahawa pencuri ni sanggup bersumpah utk membuktikan mereka tak bersalah. tapi sebagai ketua blok masa tu, saya fikir tindakan membelasah beramai2 ini tak menyelesaikan apa malah mungkin menimbulkan isu lain pula kerana ia tak dapat dibuktikan.

hurm, teringat pula handset dan laptop saya yg hilang...

HiCMat said...

Ustad dan Amin,
Kawan saya mengikut 'petua' yang disampaikan, dia berjaya menemui semula keretanya yang hilang hampir 6 bulan. Tapi malangnya, akibat panas baran, dipukulnya pencuri tersebut. Akhirnya kereta dapat semula dan sekarang dia terpaksa naik turun mahkamah atas sebab memukul orang. Seorang lagi telah kehilangan motosikal hampir 3 bulan. Allah gerakkan hatinya untuk ke sebuah balai polis yang tidak pernah terfikirkan oleh akalnya untuk pergi. Jumpalah semula akan motor yang menjadi haknya. Hanya Allah Maha Mengetahui

teamtact said...

salam...

terima kasih...