Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Tuesday 4 November 2008

Siapa Mangsa Seterusnya?

Kebanyakan penjengok mungkin pernah terdengar tentang lubuk ini. Ia terletak berhampiran kuala Sungai Tahan. Kerapkali juga kita mendengar berita tentang lubuk yang telah ataupun hampir meragut nyawa manusia.

Sesiapapun yang pernah ke Taman Negara Pahang tentu akan mencari peluang untuk merentas denai yang telah disediakan untuk ke lubuk ini bagi menyejukkan badan. Sekiranya anda memudiki Sungai Tahan dengan menaiki bot untuk ke Lata Berkoh, sudah tentu anda akan melalui lubuk ini juga. Lubok ini terletak kira-kira 600 meter atau 15 minit perjalanan sekiranya anda berjalan kaki dari tapak perkhemahan Mutiara Taman Negara Resort. Inilah di antara lokasi yang paling sesuai dan berdekatan dengan resort untuk aktiviti mandi manda. Itulah Lubuk Simpon.

Saya bersama seorang sahabat, Aldrich Richard, pernah menjalani latihan praktikal selama sebulan di Mutiara Taman Negara Resort. Kami telah dimaklumkan oleh staf di Bahagian Rekreasi tentang kejadian yang pernah meragut nyawa seorang pelajar ITM Seksyen 17 beberapa tahun sebelum kedatangan kami. Kami dimaklumkan pelajar yang menjadi mangsa tersebut sememangnya mahir berenang. Disebabkan kekejangan otot dan seterusnya panik menyebabkan beliau mengelepar dan seterusnya tenggelam. Rakan-rakannya hanya menyaksikan sahaja segala yang berlaku kerana menyangkakan rakan mereka yang menjadi mangsa itu sedang berlakon. Setelah menyedari tentang lakonan itu sebenarnya aksi sebenar, ianya sudah terlambat. Pelajar yang menjadi mangsa itu kelemasan. Pada ketika itu tidak ada seorangpun di kalangan rakan-rakan penuntut terbabit dan pegawai pengiring mereka yang mempunyai kebolehan untuk menyelamat mangsa yang kelemasan. Warga kerja resort yang dipanggil juga tidak mempunyai kebolehan untuk melakukan CPR. Maka tamatlah riwayat pelajar terbabit. Namun selepas itu panjanglah lagi urusan yang perlu dilakukan oleh pihak universiti.

Pada 10 November 2006 pula satu negara kecoh apabila 2 orang pelajar Kolej Matrikulasi Pahang mati lemas di lubuk yang sama ketika mandi manda bersama 5 rakan mereka yang lain. Tapi insiden ini pasti akan terus berulang sekiranya tiada tindakan drastik yang dilakukan.

Bagaimanalah agaknya untuk mengelakkan perkara di atas daripada berulang?
Walaupun selepas kejadian tersebut masih banyak lagi tragedi yang sama saya jangkakan akan berulang di lokasi yang sama, namun masyarakat masih lagi tidak mengambil iktibar. Saya sendiri pernah mencuba untuk berenang tanpa bantuan Personal Floatation Device (PFD) di lubuk tersebut. Sungai yang sememangnya saya cecah dasarnya, secara tiba-tiba gagal saya cecah lagi apabila saya makin ke tengah. Saya cuba memberatkan badan, membuang nafas dan cuba turun ke bawah. Wow, dalamnya memang tak cecah langsung dasarnya. Gelap gelita. Terus saya naik ke permukaan. Taubat tak nak buat lagi. Dalam sungguh lubuk ini.

Kenapalah sampai ke saat ini (kalau masih belum dilakukan) tak ada papan tanda larangan dan amaran untuk berenang. Kalau nak berenang juga, pakai PFD (tak hebat la). Catatkan di papan amaran itu tentang kedalaman lubuk tersebut. Baru orang gerun kot.

Saya masih teringatkan peribahasa yang Mahaguru Rekreasi Luar di Malaysia, Dr Wan Sabri Wan Mansor (pensyarah saya) pernah gunakan di dalam salah satu kuliah beliau yang saya hadiri (sememangnya saya tak pernah ponteng kuliah). Katanya, Curiosity Killed the Cat. Sesungguhnya saya tidak mahu menjadi kucing yang dimaksudkan. Saya harap rakan-rakan penjengok pun begitu juga.

14 comments:

Ahmad Firdaus Ibrahim said...

Mungkin terlampau banyak prosedur untuk menguatkuasakan tindakan di lubok tersebut. Atau mungkin Ahli Parlimen kawasan tersebut yang harus turun padang?

FoO dA fIrSt#1 said...

zaman sekarang ramai orang yang pk seronok daripada safety...

hisyamchemat said...

Firdaus,
Bukan setakat Timbalan Menteri Pelajaran (ketika itu)... Sultan pun dah sampai ke tempat kejadian.

Yassir,
Bukan tak fikir, tapi terlupa rasanya. Seronok punya pasal.

ADDIN "My Life Is Beautiful" said...

Salam hicmat,

Yup benar hicmat kalau dah meragut nyawa bukan seorang malah ramai,maka memang patut pun papan tanda amaran dinaikkan..

penguatkuasaan ini adalah perlu jika pegawai,penghulu,pengurus,YB atau sesiapa sahaja yang rasa bertanggung jawab...

kesedaran itu datangnya dari kematangan berfikir dan kewarasan individu didalam membuat sebarang penilaian untuk memproses keputusan....

takkan nak tunggu berita mati lagi baru nak ambil langkah langkah keselamatan..

cebad said...

saya pernah mencuba dan menduga tenaga lubuk tersebut. Pada waktu itu saya di sana bersama2 pelajar fsr dan sdr HCM pun ada sama. Tiada siapa yg tahu ketika saya menduga tenaga lubuk. Memang saya terperangkap dgn pusaran air. Kalau menjerit pun pelajar yg berada 3-5m drpd saya mungkin tak mendengar.

AlhamdulIllah, saya memakai PFD, dan juga dua batang kayu sbg kaki tambahan. Antara 5-10minit barulah saya selesai bertemuduga dgn tenaga lubuk simpon.

Saya akan cadangkan kpd pihak perhilitan meletakkan papan tanda amaran di LS dan kawasan2 sptnya. InsyAllah.

zainal said...

salam..

Dia orang tak belajar Risk Analysis Management System in Recreation (RAMs), so kau jangan lupa ajar yang lain yee...

hisyamchemat said...

CEBAD dan Kudult,
Insyaallah, apabila semua recreation/park officer/manager datangnya dari latarbelakang akademiknya berkaitan rekreasi luar, maka aku yakin statistik kemalangan di tempat dan taman rekreasi akan dapat berkurangan. Itupun kalau pengunjung patuh pada arahan.

Rindu Alam Indah said...

salam en syam..
di gunung pon same..kebanyakkan gunung2 yg dah biase org naik (kecuali gng dalam hutan taman negara) xde ape2 penanda dari jabatan hutan..terutama gunung G7..atas inisiatif pendaki2 sendiri menanda @ meletak signboard di satu2 kawasan @ puncak..risiko keselamatan lbh tggi..

Anonymous said...

En Hisyam,

Saya ada tulis satu artikel, insyaAllah saya akan hantar ke media.

hisyamchemat said...

Omri,
Benar tu, moga-moga rakan kita yang 'makan gaji' bekerja seikhlasnya dan memandang isu keselamatan di kawasan rekreasi ini sebagai sesuatu yang serius.

Amin UPM,
Saya harapkan artikel anda nanti sekiranya berkaitan denga keselamatan ketika berekreasi dapat membuka mata banyak pihak terutama sekali mereka yang berwajib. Kita tak mahu artikel itu nanti akan terus dipandang sepi oleh mereka.

teamtact said...

saya ingat pesan bos dulu masa saya prktikel di kenyir, masa tu ada yang ditangkap tak pakai PFD masa bawak bot.....

hari ni saya kongsi dengan semua,

" kalau nak mati lemas pun biar pakai PFD"

cuba pikir.. bila kita pakai PFD macam mana nak lemas....??? boleh lemas...tapi prosesnya tu lebih kompleks dari tak pakai PFD.

tq bos, skarang saya selalu guna pesanan bos tu apabila buat safety briefing sebelum water base xtvt...

hisyamchemat said...

Shawn,
Boleh cerita pengalaman ni dalam blog hang

Anonymous said...

salam...en.hisyam...
bila sy tgk gmbr lubuk simpon, tigt smula peristiwa hitam yg nyaris2 meragut nyawa sahabat sy... apa yg pasti x kira la di mana Allah s.w.t sentiasa menolong hambanya...cuma jiwa remaja kami ketika i2 menjadi punca tragedi... sy sndri x sngup & belum bersedia utk ke lubuk i2 lg walaupun baru2 ini kelas sy ada menganjurkan camp Leadership disitu...sy harap kesedaran mampu menjadi penyelesai...

hisyamchemat said...

Anonymous,
Benar bagai dikata, pengalaman adalah guru yang terbaik