Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Thursday, 27 November 2008

Terus Berkembang

Insyaallah sekiranya tiada aral melintang, FSR akan mempunyai 4 program baru menjelang pertengahan 2010. FSR kini tidak boleh ke belakang lagi. Kepada 'sesiapa' yang tak dapat mengejar kepesatan program FSR ini sudah tentulah akan terus keciciran. Minda lama seperti hanya menunggu dan bersyukur dengan apa yang ada sebenarnya tidak boleh wujud lagi di kalangan warga kerja akademik FSR. Kita perlu mengorak langkah dan menyingsing lengan untuk kemajuan FSR khususnya dan UiTM amnya.

Setakat hari ini kesemua Setiausaha Program Baru sedang bertungkus lumus untuk menyiapkan segala tugas yang melibatkan pengumpulan silibus kursus dan menggiatkan hubungan dan jaringan dengan industri. Antara program baru yang akan dibentuk oleh FSR adalah seperti Sarjana Muda Sains Sukan (kepujian) (Teknologi Kecergasan), (Sukan Pelancongan), (Pengajian Rekreasi) dan (Pengajian Ekuin).

Salah satu daripada program akademik yang unik dan baru di Malaysia adalah Sarjana Muda Sains Sukan (kepujian)(Pengajian Ekuin). Saya begitu teruja apabila mendengar taklimat daripada Cik Maizan, setiausaha program baru tersebut sebentar tadi. Program akademik pada peringkat sarjana muda ini rupa-rupanya hanya ditawarkan di universiti-universiti di Amerika Syarikat, New Zealand dan Australia. UiTM akan menjadi pelopor untuk program sedemikian di rantau Asia Tenggara atau boleh juga dikatakan pelopor di rantau Asia sekiranya tidak termasuk negara Australia dan New Zealand.

Pada peringkat permulaannya, saya menyangkakan program sebegini akan kurang mendapat sambutan. Ini kerana pada sangkaan saya kurangnya peluang pekerjaan di dalam bidang ini. Selain itu juga, budaya dan aktiviti sukan berkuda ini masih terlalu baru di kalangan masyarakat di negara kita. Namun selepas beberapa sesi perjumpaan dengan pakar dari Majlis Ekuin Malaysia, Dato'Malik Jeremiah (Presiden) dan pakar akademik berkaitan ekuin dari Australia, Mr Christopher Watson barulah saya dapat menilai bahawa peluang untuk pengajian ekuin ini memang cukup luas. Kini barulah saya sedia maklum bahawa di Malaysia sahaja kita mempunyai 150 pusat equestrian. Boleh dikatakan kebanyakan pusat equestrian ini tidak mempunyai pekerja yang mempunyai kelulusan akademik dari bidang yang berkaitan dengan ekuin.

Maka masih belum terlambatlah untuk FSR menawarkan sebuah program yang unik dan boleh dikatakan futuristik di negara ini. Ini kerana Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa Sallam juga menggalakkan umatnya bergiat dalam sukan berkuda dan memanah. Bahkan ! Berkuda ini adalah kesukaan Nabi junjungan kita semua.

8 comments:

FoO dA fIrSt#1 said...

bos, kalau saya nak naik kuda saja boleh tak?

hehehe...

wegreentheearth said...

go FSR go!!!

HiCMat said...

Boleh, tapi rasanya kena kurangkan berat badan. Kalau tak, kesian kat kuda tu.

HiCMat said...

Jangan marah ya Yasir, melawak ja

Penjengok-Penjengok Tegar said...

Lepaih nie nak ke First Camp atau Final Camp, tak payah la nak susah susah mintak transport yang belum tentu boleh dapat.
Sediakan makanan dan lepaih boleh gerak sama-sama.
Lepaih nie bukan kena cari Haversack baik-baik, tapi kena cari kuda murah-murah untuk join FSR Camping Activities.....

Cheers......

Amin Ahmad said...

Wah, ini menarik!

Di UPM dulu pernah buka peluang untuk belajar kuda. Tapi tak menang tangan nak kejar masa.

Anonymous said...

cy_sumandak
salam..

wah boss, blh lah nak sambung master di uitm nanti..sports tourism..menarik..

foo, hahaha...kene slim dulu daa..

Apize said...

untungnya bakal pelajar FSR masa hadapab..byk pilihan untuk mengikuti program yang diminati dan ingin diceburi.