Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Thursday 8 January 2009

Hancur Hancur Regim Zionis Laknatullah!

Regim Yahudi laknatullah semakin menganas. Semenjak operasi ketenteraan regim Zionis itu dilancarkan 27 Disember lalu, kita dapat menyaksikan samada di kaca televisyen melalui berita dan di internet bagaimana sekolah-sekolah, masjid dan kawasan awam dibom. Kematian di pihak rakyat Palestin kini telah meningkat ke angka 600 orang berbanding hanya 10 askar Israel yang terbunuh akibat asakan serangan dari pihak Brigade Qassam , sayap ketenteraan Hamas dua malam lepas.

Semalam akhbar utama tanahair memaparkan seorang bapa menangisi kematian tiga orang anaknya. Hari ini pula kita dapat melihat foto kanak-kanak yang mati akibat tertimbus di bawah bangunan di muka hadapan akhbar akibat kezaliman Yahudi. Foto-foto yang yang terpampang di media cetak dan media elektronik sejak 11 hari lepas sudah cukup untuk menceritakan penderitaan rakyat Palestin. Setiap hati insan yang menyaksikan foto-foto sebegini sewajarnya merasa simpati yang amat sangat. Sesungguhnhnya, orang awam Palestin yang tidak berdosa ini telah menjadi mangsa kekejaman dan kezaliman Yahudi.

Kita sewajarnyalah bersyukur kerana dikurniakan oleh Allah subhanahu wata'ala sebuah negara yang aman damai. Kita dapat tidur dengan nyenyak sepanjang malam sedangkan saudara-saudara kita yang kini berada di Gaza terpaksa hidup di dalam ketakutan. Sukar untuk kita bayangkan bagaimana mereka menghadapi waktu malam yang amat mengerunkan. Sudah tentulah mereka tidak dapat tidur nyenyak dek ledakan demi ledakan bom bom Regim Zionis laknatullah dan cuaca sejuk yang mencengkam. Saya sangat-sangat bersimpati dengan nasib mereka ini!

Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)[Oooo I See] sememangnya telah kita sedia maklum tiada taringnya. Selain mengadakan persidangan dan mengeluarkan kenyataan mengutuk serangan Regim Yahudi, tiada apa yang kita boleh harapkan daripada pertubuhan terbesar umat Islam ini. Kita juga tidak boleh harapkan dengan Liga Arab yang kong kali kong sahaja dengan OIC. Mesir yang sememangnya mengiktiraf kewujudan negara haram Israel langsung tidak boleh diharapkan untuk membantu umat Palestin. Sempadannya sendiri (Mesir-Gaza)sejak awal-awal lagi telah ditutup daripada dimasuki oleh rakyat Palestin. Maka bantuan kemanusiaan dari PBB juga turut tersekat sehingga berlakunya krisis kemanusiaan paling teruk di dalam sejarah perabadan manusia.

Bolehkah PBB pula kita harapkan untuk mengembalikan hak rakyat Palestin. Saya rasa sudah tentu ianya sukar. Kenapa agaknya? Sudah tentulah PBB tidak akan dapat berpendirian tegas selagi ianya terus bersandiwara dan berada di bawah telunjuk AS. Kita tunggu sahajalah sehingga kucing bertanduk [mustahil!].

Kalau dahulu sudah tentulah kita bersyukur kerana Hamas dan Fatah berjuang bersama untuk mempertahankan bumi Palestin. Tetapi sedihnya kini apabila keduanya bermusuh sesama sendiri.

Nak boikot barangan Yahudi dan AS. Itu hanyalah 'hangat-hangat taik ayam' atau 'semangat #%@#'. Sebab itulah kita masih dapat melihat banyak produk-produk dan perkhidmatan dari pelbagai jenama dan syarikat AS masih kelihatan di negara-negara majoriti umat Islam.

Apa yang mampu saya dan penjengok-penjengok sekalian lakukan kini hanyalah berdoa.

Ya Allah Ya Tuhan ku, malam ini hamba-Mu ini terkenangkan saudara seagamaku dan mereka yang berada nun jauh di bumi Gaza. Ya Allah, sesungguhnya aku amat bersimpati dengan mereka. Sekiranya mereka ada melakukan dosa dan aniaya, Maka aku memohon agar Engkau ampunilah mereka. Sesungguhnya saudaraku kini lebih malang daripada kami di sini. Tanah air yang mereka sayangi telah dirampas oleh Regim Zionis yang kejam. Derita mereka selama berdekad dekad tiada siapa pun yang peduli. Ya Allah Ya Tuhan ku... Bantulah saudara-saudara ku itu berjuang dan mengangkat senjata dengan ikhlas kerana-Mu. Sekiranya mereka menembak musuh mereka itu maka Engkau jadikanlah tembakan saudara-saudaraku itu tepat mengenai sasaran dan membawa kemusnahan yang besar kepada musuh mereka yang juga musuh umat Islam. Engkau jadikanlah kekeliruan dan kebingungan berlaku di kalangan musuh rakyat Palestin ini. Ya Allah Ya Tuhan ku... Engkau kurniakanlah keberkatan kepada saudara-saudara ku yang berjuang dan mengangkat senjata. Turunkanlah bantuan dari langit-Mu agar mereka yang berkenaan beroleh kemenangan dan kejayaan. Amin Ya Rabbal 'alamin.

6 comments:

hijau bumi Tuhan... said...

pendapat saya, alasan utk mnyerang tentera hamas oleh rejim yahudi ni satu propaganda shja...yg sbnrnya mmg mereka ingin mnghapuskan rakyat islam palestin keseluruhannya...


salam perjalanan...

zainal said...

Rasanya isu ini senang je untuk ditamatkan. Israel keluar dari Gaza dan Baitumaqdis. Everything is over.

Tapi masalah sebenar di sini rasanya adalah rakyat Palestin itu sendiri khususnya dan bangsa Arab amnya.

sejak zaman jahilliah lagi bangsa Arab hidup berpuak-puak. Fatah & Hamas sama-sama berjuang, tetapi bila Israel berhenti menyerang mereka mula berperang sesama sendiri. Itulah yang berlaku di Afganisthan. setiap puak bersatu menentang Amerika dan dulunya Russia. Bila penjajah tiada mereka mula berperang sesama sendiri...untuk puak mereka sendiri!. Mereka memerlukan pemimpin yg keras dan pintar seperti Saddam Hussien.

Yang penting kita rakyat Malaysia harus mengambil iktibar dari perkara ini untuk hidup bersatu-padu dan saling menghormati antara satu bangsa dengan bangsa yang lain (Melayu, Cina, India dll)We work with simmiliarity, put aside our differences. Differences ada bukan sahaja antara Melayu, Cina dan India tetapi sesama melayu juga....

Lennyek said...

salam,

sya berstuju dgn pdngan kedua2 bro diatas..yg palig sedih,bila baca paper,ada gambar kanak2 mati tertimbus..saat tu mmg tak boleh nak tahan air mata ni nk kuar..kejam betul Israel..

kalau sya cadangkan utk kutip derma dari student fakulti,boleh ke?ada prosdure nak buat kutipan dalam fakulti?duit sumbangan kita hantar ke yayasan salam malaysia..ok x en.syam?

wegreentheearth said...

amin...

Amar said...

Hidup! Hidup! Hidup Islam!
Hancur! Hancur! Hancur Zionis!
Hidup! Hidup! Hidup Palestine!
Hancur! Hancur! Hancur Israel!

Sesiapa yang membaca blog ini, bacalah dengan penuh keinsafan.

Slogan yang dilaungkan hanyalah slogan yang kita laungkan....

Tetapi apakah usaha atau tindakan kita untuk membantu dan menyokong perjuangan orang Islam Palesting.

Empat perkara boleh dilakukan:
1. Boikot barangan Amerika dan Israel untuk jangka panjang.
2. Kukuhkan perpaduan sesama orang Islam di Malaysia.
3. Ujudkan rangkaian dan perkukuh ekonomi orang Islam.
4. Gunakan produk-produk yang dikeluarhan oleh orang Islam.
5. Katakan tidak kepada produk keluaran orang bukan Islam.

Kita kena buktikan orang Islam mempunyai kesatuan yang kuat. Buktikan..buktikan...kita mamppu bangunkan ekonomi Islam dan dapat membantun saudara seIslam dalam kesusahan...dan bukan sekadar laungan..

Wallahualam.+

ad_chester said...

saye pon stuju ngan cik amar 2..
kter kna sma2 boikot brg2 israel ni..
mcm2 kte leh tkr..
contoh k,prosperity beger 2 yg mcdonald jual 2,kte xpyh mkn..mkn oblong jew kt dc..lbih krg jew rasanyer,,
askum