Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Monday 19 January 2009

Setia Sang Ibu

Dia masih setia di situ. Sejak awal pagi tadi anaknya masih belum mahu bangun-bangun lagi. Dia dah puas menolak-nolak badan anaknya tetapi tiada respon. Walaupun dia berulangkali menjerit di telinga anaknya tetapi tetap tiada tanda anaknya mahu bangun. Matahari semakin meninggi tetapi anaknya masih tidak bangun-bangun. Sehingga bila dia akan setia menunggu dia sendiri pun tidak tahu.

Begitulah peristiwa yang dapat saya saksikan di awal pagi hujung minggu yang lalu. Seekor anjing dewasa (mungkin ibu) berada di sisi seekor anak anjing (mungkin anaknya) di tengah jalan di pinggir bandar Shah Alam. Anak anjing tersebut terbaring di tengah jalan dan tidak bergerak manakala si dewasa menolak-nolak anak anjing tersebut dengan mulutnya. Saya jangkakan mungkin ianya untuk mengejutkan anak anjing yang sedang 'tidur' tadi.

Setelah beberapa kali saya melalui jalan tadi di pagi yang sama, namun saya masih dapat melihat anjing yang sama masih tetap berada di situ. Maka saya membuat kesimpulan bahawa Allah telah menunjukkan kebesaranNYA kepada saya dan rakan-rakan yang melalui jalan tersebut. Naluri keibuan anjing dewasa itu sukar dicari galang gantinya. Anjing dewasa tersebut sanggup menunggu 'anaknya' yang masih belum bangun-bangun. Mungkin dia terlalu sayangkan anaknya. Kalau tak tentu dah lama dia tinggalkan sahaja anak anjing yang 'degil' dan tak mahu bangun-bangun itu.

Moral cerita di atas tentu para penjengok sekalian telah sedia maklum. Kita boleh mengaitkannya dengan kejadian-kejadian yang berlaku di negara kita dan juga nun jauh di Gaza. Sedangkan haiwan sayang menyayangi, inikan pula kita yang dikurniakan akal untuk berfikir.

2 comments:

FoO dA fIrSt#1 said...

salam,

saya ada jugak melalui dan menjadi saksi kejadian tersebut. pada mulanya nak amik gambar masuk blog, tapi tak sanggup. kesian sangat dan terharu melihat kejadian itu. Walaupun ianya anjing, binatang yang haram bagi umat Islam, tetapi ia tetap makhluk Allah dan secara tidak langsung memberi satu teladan yang amat bermakna. Sedih melihat situasi itu. terkenang mata ibunya yang sayu dan tak beralih arah melihat anaknya yang sudah tidak bernyawa.

insan kasihkan binatang...

teamtact said...

salam.....

jika haiwan boleh menunjukan sifat yang begitu.....kita sebagai manusia seharusnya lebih baik lagi kerana kita adalah sebaik2 ciptaan-Nya.....