Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Tuesday 5 May 2009

BBQ

Saya melalui Tasik Seksyen 7 ketika pulang dari kedai. Ada sesuatu yang menarik perhatian saya di situ. Sekumpulan anak-anak muda sedang berkumpul. Mereka sedang memanggang sesuatu. Mungkin ayam kerana itulah kebiasaannya yang kita semua boleh jangka kalau orang memanggang sesuatu. Mungkin mereka sedang meraikan sempena tamatnya Peperiksaan Akhir atau tamatnya pengajian di universiti.

Terus minda saya saya terdetik. Kenapalah Pihak Berkuasa Tempatan di Malaysia tidak menyediakan kemudahan untuk memanggang ini di kawasan riadah seperti ini. Kawasan taman-taman tasik sebegini sememangnya menarik untuk dijadikan lokasi untuk berkumpul bersama teman-teman dan berBBQ. Kalau adapun setahu saya di Pusat Rekreasi Air Wetland, Putrajaya. Itu kena bayar la.

Saya rasa kalaulah kumpulan tadi memanggang di Taman Tasik S.A. yang besar tu, sudah tentulah mereka akan dihambat atau lari tak cukup tanah kerana dikejar atau dikompaun oleh penguatkuasa-penguatkuasa yang bertugas (saya faham itulah tugas penguatkuasa-penguatkuasa ini, kalau tak ditanya tentu mereka yang kena pula). Maka cara yang paling selamat untuk pengemar-pengemar panggang memanggang ini saya rasa adalah berBBQ di Tasik Seksyen 7. Jauhlah sikit dari ... Maaf kalau cadangan ini agak panas. Bukan apa kita perlu berubah. Inilah salah satu cara di mana pihak berwajib dapat sama-sama menyokong rakyat bersosial dengan cara yang sihat.

Ketika di Bendigo dulu, BBQ di kawasan-kawasan rekreasi sememangnya menjadi kemestian kepada masyarakat di sana. Bagi masyarakat Muslim sudah tentulah disamak dahulu mana yang patut. Pengguna tidak perlu membayar sesen pun untuk mendapatkan pemanas kuali. Gas percuma disediakan. Tekan sahaja butang, maka kuali akan menjadi panas. Apa yang diperlukan hanya disiplin. Selesai 'majlis', jangan lupa kemaskan semula. Sememangnya kawasan yang ditinggalkan akan bersih seperti sediakala dan kadangkala lebih bersih. Itulah disiplin yang telah diterapkan ke sanubari masyarakat di sini. Maka tak berlaku, saya datang tempat kotor dan kemudian tinggalkan tempat itu semula dalam keadaan lebih kotor. Tidak kedengaran juga kuali besi yang digunakan untuk berBBQ dicuri untuk dijual ke tokey-tokey besi buruk.


Kita harapkan suatu hari nanti akan bercambahlah lokasi-lokasi di taman-taman tasik dan hutan rekreasi di Malaysia yang akan dipenuhi dengan tempat-tempat untuk berBBQ. Bukannya apa, seronok juga sekali sekala dapat berkumpul sesama keluarga dan rakan-rakan sambil sama-sama bergotong royong memanggang dan makan. Anak-anak boleh bermain di taman permainan berhampiran sementara menunggu makanan dihidangkan. Tentu meriahkan. Bilalah agaknya ya. Cukai-cukai dah dibayar! Tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia telah dilaksanakan.

5 comments:

Lennyek said...

salam..

en.syam...org yg en.syam mksudkan yg BBQ kat tsik sek7 tu..roomate saya..
budak CS..dorng clbrate tok Finalyear dorng..siap bt psembahan lg..

zainal said...

Salam,

Betul la. Aku kat Afrika dulu tengok semua taman rekreasi dan taman bandaran sumua ada BBQ facilities. Siap 2 parking keta utk 1 facilities. Bersih sentiasa. Nak kata diaorg maju dari kita...rasanya kita maju lagi. rasanya mentaliti masyarakat kita tak semaju metaliti S. Afrika kot.

hisyamchemat said...

Lenny,
Ooooo, rugi tak singggah.

Kudult,
Semoga satu hari nanti ada la tu. Kita tunggu la kot-kot ada ahli-ahli pembuat keputusan yang sudi nak jadikan ianya realiti.

aiShaH said...

Mmg kat oversea senang je ank buat BBQ.. sebab tmp dah disediakan. maka kami ni boleh dikatakan setiap bulan akan pg BBQ ditempat2 yang berbeza..Malaysia pun boleh buat macam tu, cuma kita ni ramai yang kaki merosakkan barangan dan tidak menghargai apa yang diberi

hisyamchemat said...

Aishah,
Kita doakan satu hari nanti orang kita pun boleh jadi macam pengguna bijak seperti di OZ dan South Africa (seperti kata Kudult melalui pengalamannya)