Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Thursday, 30 April 2009

Situasi Berbeza

Pagi tadi seorang ibu kepada calon program diploma datang berjumpa saya. Anaknya telah ditemuduga beberapa minggu yang lalu. Dia mendapat khabar angin bahawa nama anaknya tidak 'lekat' untuk dimasukkan ke program diploma untuk pengambilan Julai 2009. Memang kasihan.

Lain pula halnya dengan seorang pelajar ini. Dia dah nak habis program ijazahnya. Yang tinggal hanya projek tahun akhir dan satu sahaja lagi subjek. Tetapi dek kerana sikap sambil lewa, kemungkinan besar dia akan gagal lagi semester ini setelah bersusah payah merayu untuk menyambung semula pengajian yang dia gagal pada semester sebelumnya. Semenjak sebulan lalu saya cuba menghubungi pelajar ini tetapi gagal. Namun apakan daya, kehadirannya pagi tadi sukar untuk saya bantu. Sudah terlambat. Nasi sudah menjadi bubur (tapi Kamilia dan Kamil memang suka bubur). Dari awal lagi saya dah kata bahawa saya hanya akan membantu mereka yang ingin membantu diri mereka sendiri.

Itulah lumrah manusia, yang tak dapat...merayu meminta manakala yang dah diberi peluang pula... mensia-siakan dan tidak menghargai peluang yang diberi.

Saya sekadar boleh bersimpati.

4 comments:

-sOutherN_Sh@rK- said...

lumrah kehidupan sesetengah manusia.. sebelum dapat semua boleh... tak ada masalah... tapi bila dapat lain jadinya... lain org lain ragam...

-sOutherN_Sh@rK- said...

lumrah kehidupan sesetengah manusia.. sebelum dapat semua boleh... tak ada masalah... tapi bila dapat lain jadinya... lain org lain ragam...

aiShaH said...

Pelajar-pelajar ni kekdang terlampau manja.. Masih saya teringat zamna belajar dulu, tiada siap yang nak pedulikan kita daftar ke atau tidak. pandai-pandailah nak hidup sebagai pelajar ipt. tapi la ni kita duk call, ingatkan segala tapi tak pernah nak dihargai..

hisyamchemat said...

Aishah,
Benar tu... sampai bilalah depa nak sedar ni.