Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Tuesday, 19 May 2009

Bila La Buah Nak Gugur!

Beberapa minggu lepas telah berlangsung Sultan Ahmad Shah (SAS) Bera-Tioman International Eco-Challenge 2009 yang dilaksanakan di dua lokasi yang berbeza iaitu di Tasik Bera dan Pulau Tioman. Ramai di kalangan alumni PERLU UiTM yang telah diberi penghormatan oleh pihak penganjur untuk turut sama menerajui perlumbaan yang berkonsepkan Adventure Race ini. Mereka telah dilantik sebagai Pengarah Perlumbaan, Ketua Marshal dan marshal-marshal.

Sudah pastilah coretan pengalaman para Alumni sekalian yang terlibat dengan perlumbaan ini menarik untuk dikongsi dengan penjengok-penjengok sekalian. Saya sendiri masih ternanti-nanti dan teruja untuk membaca coretan yang amat berharga ini. Dengan adanya coretan sebegini maka para penjengok yang tidak mendapat peluang dek kerana tiadanya kelapangan masa untuk turut terlibat sama [mungkin kerana kekangan peperiksaan akhir, tugas hakiki dan sebagainya] dapat mengetahui suka duka para Alumni sekalian yang bertindak sebagai pendokong utama Adventure Race tersebut.

Jadi kongsilah pengalaman anda yang sememangnya tidak akan pernah basi itu. Pengalaman yang tidak boleh dijualbeli.

Setakat ini penjengok-penjengok cuma dapat menjengah ke blog Bisikan Dari Ujung Tanah dan sebelumnya di Rembang Waktu untuk mengetahui pengalaman di SAS Bera-Tioman International Eco-Challenge 2009. Tapi tak cukup. Ceritalah lagi MEGA... Itupun kalau nak berkongsi. Apapun takpalah...

3 comments:

ajoy87NF said...

Salam,
pertama kalinya trima kasih la atas tunjuk ajar bos dlm bidang rekreasi ni. Klau x, xberpluang la sy nak join xtvt cm ni...

Dan trima kasih atas pujian yg dberikan pd kami semua.

Kami berpegang kpd prinsip yg tlh dterapkan dlm diri kami semasa proses pembelajaran dklas dan juga semasa b'persatuan dulu.

Thank you bos!

sname said...

alamak...
ok bos...

teamtact said...

Assalammulaikum... salam rekreasi...

Dalam pembikinan....