Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Tuesday 30 June 2009

Amukan Mak Siti

Dua minggu lepas pejabat am FSR terutama di kawasan pantri berbau hancing dan meloyakan. Mana taknya, tikus-tikus bermaharajalela. Habis dikencing dan diberaknya pantri tempat staf makan dan minum.

Laporan dibuat dan sarang tikus iaitu ruang di bahagian belakang penyaman udara tingkap (Window Air Conditioner) pun dimusnahkan oleh pihak penyelenggaraan. Saya melihat sendiri ruang tersebut, memang hancing dan penuh dengan sisa-sisa makanan. Tikus hilang entah ke mana. Saya sempat melawak dengan staf di pejabat am, "Habislah kita lepas ni, tunggulah depa mengamuk!".

Minggu lepas talian internet di fakulti gagal berfungsi. Hanya FSR sahaja yang tiada talian internet. Setelah diselidiki oleh staf yang berkaitan maka diketahuilah puncanya. Rupa-rupanya fiber optik di fakulti telah dimakan tikus. "Mak Siti" dah mengamuk! Selepas sarangnya dimusnahkan, maka seluruh warga tikus di FSR bertekad untuk merosakkan sistem di FSR [Nota: Andaian saya sahaja].

Alahai semalam kami semua dah dapat memo dari pihak pengurusan FSR. Kena tunggu sehingga enam (6) bulan untuk talian internet dibaik pulih. Mahal beb, fiber optik tu. Kena dibuat tender.

4 comments:

rahimmeerah said...

Nak buat macam mana..... terima saja la.

Harap2 kot fakulti boleh cari sikit duit untuk belikan semua deskstop wireless usb.

saya cadang je untuk kebaikan semua.

abey said...

kena ada broadband lagu tuh..:)

hisyamchemat said...

En Rahim & Abey,
Nak tunggu siap, jawapnya tak berinternet la. Nasib baik dah ada broadband sendiri. Wireless yang ada pun asyik terputus-putus saja.

hijau bumi Tuhan... said...

aduhai...
payah tu kalo xde internet...
nmpknye FSR kena bukak tender untuk beli perangkap tikus skali le, hehe...


salam perjalanan...