Saya dan Ali Kimik [Koordinator Program FSR-PDRM] ke Bukit Aman pagi tadi. Kali ini kami ditugaskan untuk menemuduga 22 orang anggota Polis untuk kemasukan ke Program Luar Kampus SR113. Alhamdulillah, dengan bantuan empat orang pelajar [dua dari FSR dan dua dari PDRM] telah meringankan proses Ujian Kecergasan yang berlangsung pada awal paginya.
Pesanan dari ACP Mazlan Kesah, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) cukup menyentuh perasaan sesiapapun yang mendengarnya. Walaupun Tuan Mazlan nampak tegas di segi perwatakannya tetapi beliau cukup prihatin dengan anggotanya. Di akhir setiap sesi temuduganya dengan bakal-bakal pelajar SR113 ini pasti beliau akan selitkan pesanan lagak seorang ayah. Antara pesanan kepada anggotanya yang sempat saya catatkan adalah seperti berikut, "Ingat pesanan saya ini... tiada kejayaan tanpa pengorbanan. Kamu akan meninggalkan suami/isteri/komitmen (keluarga) kamu di setiap hujung minggu selama 4 tahun. Jadi sekiranya kamu tidak dapat melakukan pengorbanan untuk meneruskan pengajian ini maka mana mungkin kejayaan akan dapat kamu capai. Takkan sampai pencen kamu mahu memegang jawatan sebagai Lans Kopral/Kopral/Sarjan sahaja. Tentu kamu ini mengubah nasib kamu dan keluarga kan".
Anggota yang mendengar pesanan beliau tadi pasti akan menganggukkan kepala dan mengiyakan kerana sudah semestinya mereka faham akan maksud pengorbanan tadi. Mana taknya sambil mereka perlu bertugas mengawal keamanan negara, mereka juga perlu ke bilik kuliah di hujung minggu untuk menuntut ilmu. Sudah tentu ini akan menaikkan semangat mereka lagi untuk terus belajar. Selain itu juga komitmen dengan keluarga [bagi yang sudah berkeluarga] tidak boleh diabaikan.
Semoga Batch Keempat program FSR-PDRM ini akan mengecapi kejayaan seperti rakan-rakan senior mereka.
1 comment:
Salam...tidak dinafikan apa yang diperkatakan dan pesanan tersebut adalah betul. Hanya individu tsbt yang akan mengubah hidup mereka. Kami dari 1st Batch telah melalui semua cabaran dan dugaan selama 6 semester dan kini baki 2 sem lagi. Dari 20 orang, kini 18 dan insyaalah akan kekal hingga grad nanti. Kepada Junior, kami berharap agar tabah dan jangan putus asa...
Post a Comment