Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Thursday 11 June 2009

Kepakaran Diperlukan

Semalam FSR dikejutkan dengan berita perletakan jawatan Raja Firhad. Beliau telah menyampaikan surat peletakan jawatan beliau sebagai Ketua Program Sarjana Muda Sains Sukan kepada Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dan sesalinan kepada Dekan FSR. Firhad telah ditawarkan jawatan oleh Asean Football Federation (AFF) sebagai Konsultan Kecergasan untuk pasukan bolsepak Kebangsaan Laos. Beliau akan berkhidmat di Laos selama hampir tiga bulan untuk memastikan kecergasan pemain Laos sebelum Sukan SEA ke-25 yang turut akan berlangsung di negara tersebut. Tahniah Raja Firhad!



Selain dari Firhad, beberapa orang pensyarah UiTM juga turut ditagih kepakaran dan khidmat mereka oleh organisasi-organisasi luar dan jabatan lain di UiTM. Antaranya Profesor Madya Dr Anuar Suun di Majlis Sukan Negara dan Baharuddin Mohd Shairi di Kementerian Pertahanan Malaysia. Nagoor Meera Abdullah pula pernah dipinjamkan ke Unit OKU, Institut Sukan Negara. Abdul Rahim Mohd Meerah dan Badrul Hisham Hussein pula telah dipinjamkan ke Institut Perkembangan Pendidikan (InED) UiTM.

Begitulah sebahagian daripada nama-nama yang telah dan sedang ditagih kepakaran mereka di organisasi dan jabatan lain. Semoga FSR terus melahirkan pakar-pakar yang akan terus berkhidmat demi kemajuan sukan dan rekreasi negara dan serantau. Tahniah sekali lagi kepada yang bertuah.

4 comments:

olie_8 said...

salam..
nampaknya pensyarah di FSR semakin menjadi perhatian
bagusla
ada juga orang yg menghargai khidmat pensyarah FSR

zainal said...

ehhh...Mem aku x dapat gaji langsung lg ni..cam mana nak buat? Semester da abisss....duit zero.

hijau bumi Tuhan... said...

tahniah...lecturer2 FSR mmg best...


salam perjalanan...

hisyamchemat said...

Alahai Kudult kesiannya. Isnin aku check.