Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Sunday 14 June 2009

Zoom Malaysia

Alahai ke manalah nak pergi bercuti kali ini. Cuti sekolah dah nak habis! Kalau dulu sebelum Kamilia masuk sekolah, bercuti bolehlah bila-bila masa sahaja di waktu cuti semester. Sekarang ni terpaksalah cari masa untuk bercuti di Musim Cuti Sekolah sahaja.

Kalau diikutkan sejak dari minggu pertama lagi dah saya dah berjanji nak ambil cuti. Tapi dek kekangan kerja yang tak berkesudahan maka hasrat bercuti bersama Liza dan anak-anak terpaksalah ditunda beberapa kali.

Cuti sekolah dah masuk minggu kedua dan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Akhirnya saya buat keputusan nekad... SAYA MESTI BERCUTI!. Tapi nak ke mana ya? Saya tanya Liza, Kamilia dan Kamil, "Ke mana kita nak bercuti?". Saya dapat macam-macam cadangan daripada mereka bertiga. Kamil kata nak ke Zoo. Liza tak kisah, tapi tetap lontarkan cadangan. Kamilia nak balik rumah nenek, mandi laut dan mandi kolam. Alahai mana satu nak diikut ni.

Kesudahannya pada hari Khamis lepas, berangkatlah kami ke Pantai Cherating. Tempat menginap belum ditempah. Pergi sajalah. Takut nanti tempat yang ditempah tak berkenan di hati. Akhirnya sampailah kami di Cherating dan menginap di sebuah chalet yang baru dibina berhampiran pantai. Pengunjung Cherating tidaklah seramai yang dijangka. Tengah minggu kot.

Seronok habis budak-budak tu mandi laut melepaskan dendam tak dapat mandi masa di Bagan Lalang lepas kerana Kamil demam panas. Menjelang senja baru nak masuk bilik. Seronok berendam punya pasal.

Makan time! Inilah part yang paling best. Kami makan di Awang Ikan Bakar. Boleh tahan jugak makanan laut kat sini. Saya layan habis. Ketam, sotong dan ikan yang segar bugar kami order untuk dijamah. Sedap.

Esoknya cadang nak balik ke Shah Alam tapi steering kereta terputar ke kanan pulak. Maka bertolaklah kami sekeluarga ke Kuala Terengganu. Saja jalan-jalan. Sempatlah singgah ke Kedai Pasar Payang beli baju batik dan seterusnya makan makanan laut di Pantai Batu Buruk.

Malamnya kami bermalam di Kuantan sebelum pulang esoknya. Perjalanan yang meletihkan ini sebenarnya menyeronokkan dan berjaya memuaskan kehendak semua ahli keluarga. Permintaan Kamil untuk singgah di Mini Zoo Kuantan tak dapat ditunaikan kerana perjalanan kami yang masih panjang. Kami perlu bergegas untuk memenuhi jemputan ke majlis perkahwinan Boy Raziff dan pasangannya Mawarnee di Gombak diteruskan. Takut tak sempat pulak. Bertolak dari Kuantan pun dah dekat pukul 12.30 tengahari.

Alhamdulillah sempat sampai ke rumah pengantin jam 3.30 petang. Sayangnya tak sempat tengok persandingan kedua mempelai dan show yang hebat dari kumpulan gendang.

Saya sekeluarga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada pasangan Raziff dan Mawarnee. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, berbahagia selalu, dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah dan kekal jodoh sehingga ke akhir hayat. Amin.

Foto-foto sekitar percutian










Nota: Lepas ni kena simpan duit pulak untuk Musim Cuti Sekolah bulan 12. Ke mana nak dituju, belum ditetapkan lagi.

8 comments:

mommysarah said...

best best.....nie yang seronok bercuti di Malaysia. Kalau di negara orang, pasti rice cooker akan menyusul sama sebab nak kena masak. Huhhuhhu.....*mesti abang ungkal ada pengalaman yang sama masa di Bendigo dulukan* sampaikan salam along pada kak liza

hisyamchemat said...

Along,
Betul tu. Kalau perasan... dalam laman sesawang 'Khabar dari Bendigo' pasti ada periuk nasi bila kami pergi melawat tempat-tempat menarik di OZ. Liza kirim salam kembali.

ajoy87NF said...

Salam bos!
Wah... seronoknyer bercuti...
Dah lame sy xbercuti mcm bos, dulu msg2 skolah sng nak berjalan. Tp skrg msg2 dah smbg blajar, parent plak bz ssh btul nak berjln2 mcm family bos... hehehe...
Hrp dpt jumpa dFakulti nnt... Assalamualikum...

wegreentheearth said...

zoom malaysia...
banyak tempat untuk dilawati...
banyak lagi untuk dikunjungi...

zainal said...

Aku nak bagi hang voucher percutian di Langkawi 5 star hotel apartmen 3h 2m nak tak? Harga lebih kurang RM799.00 x payah bayar. Percuma! kalu nak sms aku...

FoO dA fIrSt#1 said...

salah la mus,

macam ni,

Zoom Malaysia,
Banyak tempat untuk dilawati,
banyak lagi untuk diterokai...

Bos, tak nampak PFD pun masa mandi. hahahahahaa...

hisyamchemat said...

Yassir,
Biasala ajaran SONGSANG opps SESAT

wegreentheearth said...

ala bos...
main sedap mulut je...
tu jadi mcm tu...
hehee...