Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Tuesday 24 November 2009

Peluang ke Kinabalu


Hari ini merupakan hari bersejarah kepada sekumpulan pelajar FSR. Dua orang wakil mereka telah diberi peluang untuk mempertahankan kertas cadangan mereka untuk terbang ke Negeri di Bawah Bayu bersama beberapa orang kelainan upaya (OKU).

Pengarah Projek dengan tenangnya di hadapan Jawatankuasa Tabung Amanah FSR telah berjaya menerangkan rasionalnya mereka memilih Sabah. Tidak pernah dalam sejarah FSR, pelajar dipanggil untuk membentangkan kertas cadangan mereka di hadapan Jawatankuasa. Kebiasaannya kertas cadangan dihantar ke Pejabat Am FSR dan kemudiannya dikumpulkan sebelum dibawa ke dalam mesyuarat Tabung Amanah FSR untuk dibincangkan. Kali ini berbeza daripada sebelumnya. Sudah tentulah ini merupakan pengalaman yang paling berharga kepada pelajar berkenaan.

Alhamdulillah setelah puas diperdebatkan maka projek ini disokong sepenuhnya oleh pihak FSR dan wakil Bendahari. Peruntukan yang mereka perolehi juga cukup lumayan. Terbayar sudah pengorbanan mereka. Tahniah kepada kumpulan ini. Mereka sanggup melupakan sementara cuti semester mereka semata-mata untuk menyiapkan kertas cadangan dan slaid untuk pembentangan pada hari ini.

Kepada pelajar-pelajar FSR yang lain, lakukan persediaan lebih awal. Rancanglah lebih awal projek anda. Contohi kumpulan pelajar ini. Jangan tunggu hingga tahun hadapan baru hendak dihantar kertas cadangan untuk sebarang projek. Persediaan awal perlu bagi memastikan projek yang akan dilaksanakan dapat berjalan seperti yang telah dirancangkan.

Selamat ke Kinabalu kepada kumpulan ini! Pengalaman saya bersama staf FSR ada di sini.

10 comments:

FoO dA fIrSt#1 said...

boleh follow ka?

hisyamchemat said...

BOLEH BINCANG

angah said...

Salam...
tahniah untuk perangcang program...semoga di berkati dan sentiasa di lindungi..

sname said...

nak ikot..

kakkoi6779 said...

Boss,
Koi tompang seronok je....
sedih.... FSR113 nak pergi China RM1200 punnn liat. dah tahu PDRM susah nak bagi anggotanya buat lawatan ke luar negara, ada peluang guna nama UiTM pu depa tak mahu pergi. ada ka mereka nak pergi singapura je, dengo cite dana dikumpul dri 2007 lagi, koi takut nnti depa menyesal....

ajoy87NF said...

Terima kasih Bos,
Sy sgt bersyukur kerana projek ini dpt diluluskan.
Sy selama seminggu ini telah terputus hubungan dgn kwn2 yg lain termsk keluarga sendiri sebab hp sy rosak dan jg sibuk dgn pemilihan utk ke sukan masum 2010 dan pertandingan lawn bowls antara kampus.
Insyaallah, lpas raya haji ni dpt la pkai hp semula. hehehehe...

hisyamchemat said...

Kakkoi,
Kedua-dua tempat tu ada tarikannya yang tersendiri. Kalau ada bajet lebih terbanglah ke Australia Barat ka atau ke Melbourne/Sydney. Lagi best. Rugi kalau tak gunakan peluang yang ada. Dah tentu boleh gunakan hubungan antara PDRM dan polis sana untuk pengangkutan [dah free tu]. Silap haribulan makanan dan penginapan pun disediakan. Perkara yang pokoknya adalah perancangan dan persediaan di samping sokongan keseluruhan ahli kelas.

apaiA4 said...

Salam bos...
Saya ingat nak gi jugak..insyaalah.
Memang ada cadangan nak gi S'pore atau Ausie, tapi tak tahu laaa???
Klau susah sangat, gi umrah je la..

hisyamchemat said...

Salam Inspektor Apai,
Itu idea yang baik. Saya sokong 100%. Pergi jangan tak pergi.

_F.@.R.@.H.@.L.!.N.@_ said...

salam..bos..nk itot..hope da pluang tau ruang ntok sya join..hehehe..