Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Monday 26 April 2010

1Malaysia

Ini hikmahnya bila dah jatuh tempohari. Coretannya ada di sini.

Kaisara dah boleh berjalan. Sebelumnya saya dan Liza dok risau jugak, kenapalah Kaisara lambat 'dapat kaki'. Habis kami check kaki dia... dari paha sampai ke tapak kaki. Nampak macam tapak kaki kiri dia yang tak rata, mungkin itu penyebabnya. Itu cuma andaian awal kami.

Tuptup lepas Kaisara jatuh terus dia berubah. Dia berjalan macam tak mahu berhenti. Habis satu rumah dia jelajah.

Alahai Kaisara, sebelumnya kami risau tengok dia merangkak sampai biru-biru lutut. Dok terfikir bila dia nak boleh berjalan. Sekarang lain pulak risaunya. Dah terlebih jalan pulak. Dia berjalan macam dah dapat tenaga baru.

Yang menariknya masa berjalan tu, tangan kanan Kaisara terangkat ke atas. Mungkin untuk seimbangkan badan kot. Jari telunjuknya pulak menunjuk ke atas lagaknya seperti isyarat biasa untuk Laungan 1Malaysia.

4 comments:

kakkoi6779 said...

A'kum boss..
Lama koi tak dengar berita, alih-alih lihat cerita sedih pasal kaisara sabar boss... begitu lah caranya anak2 membesar, kekadang silap tu dtg dri kita lebih pedih lagi bila ianya dtg dri orang lain, mcm anak ke 2 koi sewaktu umurnya 20 bln hujung jari telunjuknya putus tersepit pintu disebabkan kenakalan sepupunya. alhamdulilah dgn kuasa Allah swt jarinya dpt disambung semula walaupun meninggalkan sedikit kesan. walaupun kisah tu 16 tahun lalu tp...dlm hati ini koi masih merasa bersalah.

hisyamchemat said...

Tu dia Kakkoi, kita rasa dugaan kita dah teruk... rupa-rupanya betullah lebih ramai lagi di luar sana yang lebih teruk dugaannya daripada kita. Apapun saya tetap memanjatkan kesyukuran kerana kecederaan yang dialami Kaisara taklah terlalu serius walaupun saya sendiri tak sanggup melihat kesakitan yang terpaksa dia tanggung di usia setahun jagung. Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman.

Haron said...

Salam boss. Kaisara bukan bagi signal 1 Malaysia, tapi signal minta baby 1 lagi........boleh boss muda lagi. Sahut cabaran kaisara...1 lagi daddy, ada berani?

hisyamchemat said...

Alahai Mr Haron oii... tak terpikiaq la pulak saya sampai ke situ. Tapi... macam ok ja.