Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Wednesday 14 April 2010

Dugaan Kaisara

Alahai dah nasibnya kurang baik. Kami sekeluarga redha menghadapi dugaan kali ini. Apa boleh buat. Nak disesalkan pun dah terlewat. Sepatutnya Kaisara tak boleh ditinggalkan keseorangan di atas stroller.

Selepas menolak Kaisara yang ketika itu berada di atas stroller ke hadapan pintu rumah, saya kembali ke kereta untuk mengambil kunci rumah yang tertinggal di dalam kereta.

Kejadian berlaku terlalu pantas. Tak sampai 30 saat meninggalkan Kaisara seorang diri di atas strollernya, saya nampak Kaisara cuba berdiri. Aduh! bahagian belakang stroller kurang stabil. Tayar hadapan stroller terjongket. Stroller tersemban ke bumi akibat tekanan Kaisara pada bahagian penolak belakang. Kaisara turut tersembam. Darah tersembur keluar dari mulut. Pasti sakit. Kaisara meraung. Makanan di dalam mulut Kaisara yang belum habis dikunyah dipenuhi cecair merah. Saya memaut Kaisara. Terus dibawa ke klinik. Kalaulah sakit/derita Kaisara boleh dipindahkan kepada saya, saya SANGGUP!. Saya tak sanggup melihat Kaisara menjerit, meraung dan meronta kesakitan.


Tiada apa yang mampu doktor di situ lakukan. Terus dibawa Kaisara ke DEMC. Pembedahan dijalankan. 2 batang gigi Kaisara patah. Gusi yang terkoyak terpaksa dijahit.

Keadaan stabil.

Alahai Kaisara, maafkan papa. Papa cuai lagi!

10 comments:

FoO dA fIrSt#1 said...

ya rabbi...

Tak sengaja tu bos...
ada hikmah...
sian kaisara...

Lennyek said...

aduh..baru nak tumbuh gigi..dah hilang..xpe..mybe ade hikmah...

aQu daN SesuAtu said...

cian kaisara...

hijau bumi Tuhan... said...

ya Allah...
kesiannye kaisara...

yazilahyazir said...

salam bos..
alamak, siannyer kaisara....kita luka skit je dah tak tahan...ini kan pula kaisara...takpe boss..dugaan tu...semogakaisara cepat sembuh...

sname said...

kesian kaisara.
xpe boss. x disengajakan. hope semuanya ok.

p/s: x sabar nak g final camp. :p
sem depan insyaAllah.

tnie said...

salam....itu bkn suatu kecuaian...tetapi qada' n qadar yg Allah telah tentukan...pasti ada hikmah di sebalik semuanye....semoga kaisara cepat sembuh ...

ima_yo said...

yang sakit tetap akan sakit..kiter yang tak sakit akan cuba mengurangkan kesakitannya dengan senyuman...:P
semua adalah cubaan dan dugaan..
maybe nanti gigi baru kaisara akan bertambah comel dan cantik!!

Mohd Hazriq Abu Zarin said...

semoga kaisara cpt sembuh...AMIN..

ellacinta said...

semoga bila kaisara dewasa ,dia akan menjaga dirinya sebagaimana bapanya yg sentiasa menjaganya semasa kecil...amin