Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Monday, 5 October 2009

Cuai!

Saya taklah lambat sangat bangun pagi tadi. Liza dan bangun jam 6.00 pagi dan saya jam 6.10 pagi. Selepas dah siap semuanya Liza bertolak ke tempat kerja tepat jam 6.40 pagi. Saya dan anak-anak kebiasaannya bertolak jam 6.50 pagi dan selewat-lewatnya jam 7.10 pagi.

Hari ini lain pula jadinya. Walaupun segalanya dah siap tapi Kamilia 'liat' sikit nak bangun. Kamil dan Kaisara pula tak bangun-bangun lagi. Alahai lewatlah Kamilia ke sekolah hari ni. Semuanya penangan beraya sakan semalam. Kami sekeluarga bersama En Ali Kimik mengunjungi rumah rakan-rakan FSR yang mengadakan Rumah Terbuka. Dri Shah Alam ke Puncak Alam dan terus ke Bangi. Sampai rumah terus terkelepet. Akibatnya pagi tadi 3 beradik susah nak bangun. Letih dan kenyang ikut mak bapak depa beraya.

Saya hidupkan enjin kereta. Saya kerah Kamilia bersegera ke tandas...mandi dan pakai uniform sekolah. Saya dukung Kaisara ke tingkat bawah dan letakkan dia ke dalam baby cot dia. Kaisara masih nyenyak tidur. Kebiasaannya dia dah bangun. Saya pikul Kamil yang masih tak sedar-sedar dan masukkan ke dalam kereta.

Kamilia dah siap. Saya tutup semua suis elektrik. Jam 7.15 pagi tepat kami bergerak ke arah Seksyen 19. Sampai di sekolah tepat jam 7.28 pagi. Nasib baik tak sesak perjalanan tadi. Kalau tak dah tentu Kamilia terlewat. Seperti biasa Kamilia salam dan saya berpesan supaya dia belajar rajin-rajin, jangan nakal-nakal, jimat berbelanja dan tunggu di tempat biasa bila pulang nanti.

Saya pandang ke belakang... Ya Allah saya tertinggal sesuatu. Kaisara tak ada di baby seat yang biasa dia duduk. Allah! aku dah lupa seorang lagi anak aku. Aku tertinggal Kaisara dalam baby cot di rumah. Kelam kabut saya dibuatnya. Apalagi pecut la. Perut dah senak ni. Jalan dah makin sesak. Kalut. Jiwa kacau. Tak tenang. Tak tentu arah dibuatnya dan macam-macam lagilah.

Teruknya aku hari ni CUAI. Anak sendiri pun boleh tertinggal. Kalau yang dah besar pun saya tak mahu tertinggal, inikan pula yang masih kecil.

Saya call jiran. Nasib baik dia ada di rumah. Saya minta dia ke rumah saya. Dia telefon balik... Kaisara menangis. Alahai saya suruh dia pujuk di sebalik pintu yang berkunci. Saya pecut. Habis semua bonggol saya langgar. Saya pasang lampu tinggi. Saya CUAI. Memang CUAI. Apalah dosa anak kecil ni sampai bapak dia boleh CUAI sampai macam ni.

Alhamdulillah sesampai di rumah tepat jam 7.50 pagi, Kaisara dah berhenti menangis. Mungkin dia rasa confident kot sebab dengar suara orang kat rumah. Terima kasih Pak Cik Ramli. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik Pak Cik. Tak terbalas oleh saya segala jasa Pak Cik.

Kaisara senyum dan happy bila tengok saya buka pintu. Dia berpeluh sakan. Apa taknya suis kipas semua dah ditutup. Itu yang buat dia terjaga kot. Saya buatkan Kaisara susu. Upah dan atas dasar nak ambik hati dia balik. Tapi Kaisara menolak. Merajuk kot.

Kaisara... papa janji tak buat lagi. Papa tak akan tinggal Kaisara seorang diri lagi. Papa sayang Kaisara dan semua anak-anak papa. Papa tak CUAI lagi.

16 comments:

Penjengok-Penjengok Tegar said...

TAKPA,
Yang penting selamat sudah...
TAKPA nanti Kaisara dah besaq, Boss cerita dengan dia apa yang berlaku dan sememangnya dia akan paham yang Papa dia tak bermaksud untuk buat macam tu...
TAKPA, Boss kena tambah makan kismis lagi la tu, kuatkan ingatan sepanjang masa untuk lebih fokus...

PPT

Angah_Adzim said...

Salam...

Takpa en syam.. Semuanya dah selamat.. Biasalah.. en syam pun selalu kata yang en syam bukan superman.. n cuai dah lupa tu memang lumrah pada pandangan saya tapi tak tau pada orang len.. Apapun, bos dah buat sehabis baik dan en syam pun bukan sengaja...

Semoga Allah melindungi keluarga En syam...

FoO dA fIrSt#1 said...

haha... kecik-kecik dah kena solo survival...

WARNA WARNI KEHIDUPAN said...

Tak pe cik, t'tinggal kat umah, selamat lag. Jgn t'tinggal kat shopping kompleks dah la. Tak pasal2 mak bapak yg menangis.

perjalanan... said...

ciannye kaisara...


salam perjalanan...

ShAriFfAh NoR Binti Mohd Din said...

salam cik.. bukan niat 2.. nasib baik kat umah.. kalau kat tempat lain, x taulah..dahlah kaisara 2 comel,cute lak 2 geram sapa tengok dia..alhamdulillah semua selamat..

kakkoi6779 said...

Ini macam boss tak bolih tambah anak lagi hooo. ini baru 3, kalau tambah kaloo.. wahh tak tahu nak hakapp sibuknya.. apa-apa pun alhamdulilah semuanya selamat.

joerowkk said...

apa lah en.hisyam duk ingat apo lah gaknye sampai si kecik tu tertinggal.hek3..
takpelah janji dia selamat..en.hisyam kecik2 dah ajar dia berdikari ha2..

@joe

joerowkk said...

apa lah en.hisyam duk ingat apo lah gaknye sampai si kecik tu tertinggal.hek3..
takpelah janji dia selamat..en.hisyam kecik2 dah ajar dia berdikari ha2..

@joe

cykyn said...

Ha...mesti kecut perut En Hisyam kan.......
Sapa tak sayang anak.....Semua orang sayang anak.....
Macam mana boleh tertinggal anak ni..
Kesian kat Kaisara tu.......
Nasib la kunci pintu...
Kalau la pintu tak kunci, lagi naya......
Lain kali jangan buat camtu lagi....
Apa pun alhamdulillah semua selamat...

apaiA4 said...

Salam...Cik.
Next time kena buat check list..pastikan semuanya complete...
Alhamdulillah semuanya selamat, apa yang terjadi ada hikmahnya...pada kami juga sebagai ingatan/panduan..tapi selalunya saya kena tinggal oleh isteri dan anak-anak sebab hujung minggu dikelas????Macamana tu!!!!

HiCMat said...

Malin,
Betui tu. Kena banyakkan stok kismis hitam da.

Kakkoi,
Haah la. 3 dah cukup kot. kalau ikut saya nak 10.]

Yassir & Joe,
Ok la tu... Kaisara dah lulus Mini Solo

Apai,
Checklist dah ada. Dah tick awal-awal angkat Kaisara masuk kereta, tapi tak buat da.hehehe

Roland Robert Imbang said...

Salam En.Syam...Kita hanya insan biasa dan pekara ini memang terjadi. Walaubagaimanapun, syukur Kaisara selamat...Saya pernah tertinggal anak buah saya dalam kereta & nasib baik dia tak kelemasan. Saya tahu bagaimana perasaan bos waktu tu...:)

binggo said...

Cik Hisham....
Cian kat Kaisara. Kalau saya dekat tu dah lama saya amek dia. Pas tu cik Hisham balik tgk dah x da.. apa citer kalau jadi cam tu...mesti pucat lesi punya. X kena marah dgn mama dia ke.. he he... x pa mama nie ada nanti saya angkat jaga noh...kompom dia senyum sampai telinga nya...cam biasa saya amek kaisara tu...wakaka... Kalau x cukup tangan nak jaga...saya ada...Apa pun nasib baik x jadi apax...alahamdulillah amin...

ritz said...

Alhamdulillah syukur Kaisara selamat... kalu tak pastinya kita akan terkilan sampai bila2. Sebelum ni saya hanya baca dalam email2 jer cita2 cam ni. Alhamdulillah boss sendiri pun akan buat doa selamat nanti, apa pun bersyukur kepada Allah..

rudy bluehikari said...

Pengalaman yang mendebarkan.