Semakin tiba hari untuk meninggalkan bumi Bendigo, semakin ramai Allah temukan hambaNya ini dengan orang yang baik-baik. Terasa sedih untuk meninggalkan bumi Bendigo, lokasi di mana saya sekeluarga menetap buat sementara waktu untuk menuntut ilmu.
Semakin hampir dengan tarikh penerbangan, semakin ramai rakan-rakan yang melawat saya di Bendigo. Semalam sahaja seramai 13 orang datang menziarahi saya. Mereka datang dari sejauh 2 jam perjalanan berkereta hinggalah ke 1 minit berjalan kaki.
Saya sangat berbesar hati apabila Dr Mohamed Ali, Atase Pendidikan di MSD Australia menyatakan kesudiannya untuk menziarahi saya di Bendigo. Walaupun dengan jadual tugasnya yang ketat di Melbourne, beliau akhirnya diberikan kelapangan masa oleh Allah subhanahu wata’ala untuk menziarahi saya iaitu satu-satunya penuntut Malaysia di La Trobe University, Bendigo. Terasa betapa bertuahnya diri ini apabila menjadi pilihan penuntut yang akan diziarahi oleh beliau. Sayangnya Liza dan anak-anak tidak ada sama di sini. Kalau tidak tentu suasana akan menjadi lebih meriah.
Pertama kali saya bertemu muka dengan Dr Ali adalah ketika saya sekeluarga pertama kali ke Melbourne dan menginap di Dewan Malaysia Melbourne pada 8 Mac 2007. Walaupun baru pertama kami bertemu, beliau sungguh ramah melayan kami sekeluarga seperti telah lama saling mengenali. Dr Ali sememangnya seorang yang sangat prihatin akan kebajikan penuntut di bawah jagaannya. Ianya amatlah bersesuaian dengan tugas beliau sebagai atase pendidikan. Semoga kontrak beliau akan terus disambung untuk menyumbang bakti di sini. Ini kerana pegawai yang komited sebeginilah sangat diperlukan untuk membimbing dan memantau penuntut-penuntut terutamanya di luar negara.
Semalam Dr Ali membawa isterinya, Pn Aida dan anak lelaki mereka ke Bendigo. Bersama-sama beliau di dalam rombongannya itu adalah dua pasangan penuntut Malaysia. Anang dari Monash University, Clayton Campus dan pasangannya Shah dari RMIT, City Campus. Manakala Khairudin dan Noor Azliza dari Monash University, Clayton Campus.
Alhamdulillah ada pasangan suami isteri dari pinggir Bendigo [1 jam perjalanan berkereta] secara sukarela sudi menaja nasi dagang sebagai hidangan makan tengahari dan seterusnya ‘home-made’ donut sebagai pencuci mulut untuk tetamu yang hadir.
Turut menziarahi saya semalam adalah jiran depan rumah, Brother Mike sekeluarga. Mereka turut sama makan tengahari bersama-sama tetamu saya yang lain. Seterusnya mereka menjemput saya untuk makan malam di rumah mereka dan seterusnya menghadiahkan foto mereka sekeluarga bersama saya sebagai kenangan. Bertuahnya saya semalam.
Pada minggu sebelumnya saya ada menerima kunjungan beberapa keluarga dan rakan-rakan yang telah lama dan baru saya kenali dari Melbourne. Antaranya saudara Istas sekeluarga dari RMIT City Campus. Mereka sudi menjengah dan seterusnya menginap di rumah sewa saya di Bendigo selama 2 malam. Selepas Istas sekeluarga pulang, keesokan harinya pula datang sekumpulan lagi penuntut Malaysia dari La Trobe University, Bundoora dan RMIT, Bundoora seramai 5 orang. Mereka begitu teruja apabila saya membawa mereka bersiar-siar di sekitar kampus La Trobe University, Bendigo. Setelah mereka pulang, hadir pula Muqharabbin a.k.a Qobain, penjelajah muda yang dalam siri ekspidisi bermotosikalnya di Australia. Beliau saya jamu dengan kari ayam dan sambal udang untuk makan tengahari dan makan malam. Berselera sungguh beliau nampaknya.
Sesungguhnya tetamu yang datang dan pergi ini menambahkan lagi asam garam kehidupan saya di bumi Bendigo yang akan saya tinggalkan tidak lama lagi. Semoga kesemua mereka yang saya kenali ini sentiasa diberkati dan dirahmati kehidupan mereka oleh Allah subhanahu wata’ala. Amin.
7 comments:
Salam Abang Sham,
Thanks for being host yesterday. Tak terasa penat driving for 2-hours from Melbourne to Bendigo. Hope to see you again soon. Please send our regards to Brother M and Kak Liza, if you meet them before going back.
Anang,
Saya berasa amat berbesar hati di atas kesudian anda dan rakan-rakan ke Bendigo. Semoga amalan ini berterusan apabila kita pulang ke tanahair nanti. Jangan lupa menziarahi Brother Mikail dn Kak Liza bila ada masa. Kirim salam pada rakan-rakan yang mengenali saya di Melbourne
Assalamualaikum!
Walaupun kakak dan abang hanya bertemu hisyam sekeluarga dalam tempuh yang begitu singkat, kami dapat rasakan hubungan kami dengan hisyam sekeluarga begitu rapat. Jarang sekali ada pelajar dari Malaysia yang belajar di Bendigo dan kebanyakkannya di Melbourne. Kami juga cukup terharu dengan perjumpaan Dr. Ali sekeluarga, Shah dan Anang dan tak lupa juga Din dan Liza dapat mengeratkan lagi perhubungan kami dengan mereka. Walaupun kami tinggal di kawasan pendalaman, kedatangan pelajar-pelajar Malaysia dialu-alukan. Bila dah balik Malaysia nanti, jangan lupa kami di sini. Diharap talian silaturrahim tidak terputus.
Insyaallah, selagi hayat dikandung badan, saya tidak akan melupakan kalian semua.
Assalammu'alaikum, salam kenal. Kapan main ke Bendigo lagi? :)
Salam abg.sy nk mntk tlg sikit ni...sy zuhaila pljr degree dlm business in marketing. Sy cdg nk sambung master di australia. Byk university yg sy tgk. Cthnya mcm curtin uni,rmit,monash dan trobe. Tp sy tak tahu mana yg ptt sy pilih n information ttg uni2 ni. Sy harap abg blh share sikit info dgn sy
Salam Zuhaila,
Boleh gunakan ejen IDP. Semua maklumat universiti hingga ke prog depa ada.
Tiada sebarang bayaran perkhidmatan dikenakan oleh pihak ejen. FOC.
Lokasinya di Subang Jaya berhadapan Taylor College.
http://www.idp.com/malaysia/contactus/officelocations?latitude=3.0748080&longitude=101.5902680
Boleh juga email saya hisyamchemat@yahoo.com
Post a Comment