Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Wednesday 30 April 2008

Bilalah Agaknya?

Tiba-tiba pagi ini saya teringat satu aktiviti yang dah lama tidak dibuat. Apalagi kalau bukan selam scuba. Rasa-rasanya dah hampir dua tahun saya tak menyelam. Kalau ada pun hanyalah mengajar pelajar-pelajar dalam kolam UiTM untuk asas selam scuba. Sudah tentulah ianya tak sama seperti di laut.

Bagaimanalah agaknya 'buddy' saya, Kak Anis. Dah lama tidak bersua. Selepas meninggalkan UiTM, beliau kini bertugas sebagai konsultan dan usahawan. Kalau beliau masih di UiTM sudah tentu kami team pensyarah dan staf akan kerap mengadakan scuba trip. Sekarang rakan-rakan scuba di FSR semuanya sibuk dengan hal masing-masing. Rakan-rakan advanced scuba seperti Razali, Cik Sue sibuk dengan PhD, Amrie di UiTM Perlis, Nagoor di ISN dan Dollah sentiasa bersedia untuk ke pulau.





Seronok ka Selam Scuba ini?

Sukar untuk diperkatakan tentang keindahan dunia di dasar laut. Hanya mereka yang pernah menyelam sahaja yang mengetahui nikmatnya keindahan alam di dasar laut berbanding mereka yang menonton di televisyen atau melihat foto.


Sudah tentulah anda perlu mempunyai kebolehan berenang sebelum mengambil lesen scuba. Secara logiknya, bagaimana anda mahu turun ke dasar laut tanpa kebolehan berenang. Namun, tidak semestinya mereka yang tidak tahu berenang tidak boleh menyertai aktiviti ini. Yang pentingnya penyelam perlu mempunyai kebolehan kawalan kaki [kayuhan kaki] dan pengapungan diri yang baik ketika di dalam air.

Selalunya penyelam yang tidak mempunyai kebolehan berenang, kaki mereka akan hanya menendang dan bukannya mengayuh di dalam air. Ini menyebabkan mereka cepat letih dan pergerakan tidak ke mana. Selain itu juga mereka yang tidak tahu berenang ini juga akan mengalami dua perasaan takut. Pertamanya tidak biasa dengan air dan keduanya takut masuk ke dalam air.

Oleh yang demikian, instruktur yang berpengalaman dan berkelayakan sudah semestinya mengetahui kaedah yang terbaik untuk mengurangkan rasa takut ini. Sebelum dibawa penyelam baru ini ke dalam air sudah semestinya orientasi dengan air dan teknik pemakaian peralatan seperti mask (penutup muka), snorkel (tiub J) dan fins (kaki itik) perlu ditekankan. Ini dapat mengelakkan penyelam baru ini tidak panik apabila berhadapan dengan situasi luar jangka.

Seribu Kali Sayang

Dua pertiga daripada bumi Malaysia ini adalah pantai [tidak termasuk tasik, sungai, lombong dan kolam]. Namun majoriti rakyat Malaysia sebenarnya tidak tahu berenang. Kenapa ini semua berlaku? Saya merasakan mentaliti orang tua-tua telah menyebabkan ianya berlaku. Kawasan gigi air dan dalam air dijadikan lokasi yang 'haram' dijejaki oleh anak-anak. Kononnya takut lemas.

Akhirnya anak-anak yang dilarang ini akan menggunakan peluang di belakang penjaga mereka untuk 'curi-curi' ke kawasan 'larangan' untuk berseronok. Hasilnya bertambah statistik mati lemas di kalangan masyarakat Malaysia.

Oleh itu saya menyarankan kepada rakan-rakan di luar sana, carilah peluang untuk belajar berenang daripada mereka yang berpengalaman dan berkelayakan agar anda tidak menambah statistik mangsa lemas.

Selain dapat mengurangkan risiko lemas, berenang juga merupakan aktiviti yang menyihatkan. Dengan pengetahuan berenang, sekurang-kurangnya anda dapat menyelamatkan diri anda, orang yang tersayang atau orang lain apabila keadaan terdesak.

7 comments:

Anonymous said...

DAri Penjengok-Penjengok Tegar,

Saya sokong petikan kali ini.

Cheers ...

hisyamchemat said...

Penjengok-penjengok Tegar,
Bila lagi nak berblog sendiri. Jangan tunggu-tunggu lagi. Tonjolkan diri anda ke khalayak. Ramai yang tertanya-tanya.

Anonymous said...

Dari Penjengok-Penjengok Tegar,

Biarkan mereka tertanya tertanya dan asalkan mereka tahu apa yang disampaikan adalah ikhlas dan telus.


Cheers ........

Anis H said...

akak sedia...bila2 masa..on aje..
bila nak pegi?...

Anonymous said...

bila nak buat lagi

hisyamchemat said...

Kak Anis & Hafiz Tahar,
Kalau mengikut perancangan kursus Open Water untuk PERLU FSR akan diadakan pada 20-22 Jun 2008. Cadangan tempat Pulau Tioman. Bergantung kepada kelulusan pihak fakulti. Kalau sempat masa Sultan Ahmad Shah Tioman Eco-Challenge (10-16 Mei 2008)nanti pun saya nak menyelam. Insyaallah.

Anonymous said...

dah 3 semester dah saya dengar tentang perancangan untuk buat open water dan advance ni.... tapi x penah jadi..kenapa la agaknya? adakah pihak pengurusan yg x bagi atau kerja tak jalan.... apa2pun untuk kali ni saya harap bukan hangat2 taik kerbau... tq