Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Monday 21 April 2008

Penangan 'Bidan Terjun'

Sabtu lepas saya telah diamanahkan oleh pihak pengurusan Tadika dan Taman Asuhan Kanak-kanak UiTM (TTAUiTM) sebagai pengacara (MC) untuk Sambutan Hari Sukan TTAUiTM 2008. Inilah pertama kali dalam hidup saya menjadi MC. Nak ditolakpun susah juga sebab Cikgu Siti dan Cikgu Aishah dah merayu. Kata mereka takada orang lain lagi. Kami nak bapa Kamilia jugak. Tawaran dan persetujuan dinyatakan secara verbal sahaja.

Saya bayangkan diri seperti 'penghibur' ketika acara sukan berlangsung. Semua tumpuan sudah tentulah pada saya, hehehe... selain daripada kanak-kanak yang akan 'bertarung' di tengah padang. Rupanya telahan saya salah. Tak semudah yang disangka. Ada tetamu terhormat yang hadir. Isteri VC la pulak, Datin Seri Hajjah Zahariah bte Mohamed. Kelam kabut juga la saya dibuatnya. Sebelumnya saya diminta jadi MC untuk sukan sahaja, sekarang untuk perasmian pula. Ini yang susah, tak berapa nak biasa dengan majlis berprotokol ini. Silap sebut nanti ada yang terasa. Skrip pun tak ada. Aturcara perasmian pun tak jelas. Siapa nak dirujuk?

Siapa yang akan membaca doa? Tak ada orang! Haji-haji yang hadir pun tak nak menyatakan persetujuan membaca doa. Majlis dah nak mula. Takpa la biar MC yang 'gila kuasa' ini buat semua. Orang kata: One man show.

Biarpun terdapat sedikit cacat cela di dalam majlis perasmian tempohari, saya tetap bersyukur kerana diberi kekuatan untuk meneruskan majlis. Kalau orang lain tentu dah cabut kot. Mana nak letak muka, kalau saya mengumumkan acara penyampaian cenderahati kepada perasmi tetapi rupa-rupanya burung dalam sangkar yang dilepaskan [simbolik perasmian]. Namun saya buat muka selamba ja sebab tak nampak apa yang berlaku sebab tempat tu terselindung. Majlis perlu diteruskan. Nasib baik tak ada kejadian yang tak diingini berlaku [seperti dilempar telur busuk ka].

Pagi tu juga saya sendiri yang kena mengendalikan sendiri PA system. Ada guru tadika di situ memaklumkan, memang setiap tahun mereka sendiri yang akan mengendalikannya, orang fasiliti biasanya pasang dan tinggalkan PA system itu. Nasib baik ada Malin dan Shawn yang datang membantu kemudiannya, jadi mudahlah sedikit tugas saya dan banyaklah lagu-lagu yang termuat dalam telefon bimbit mereka yang berkumandang sepanjang majlis berlangsung. Ribuan terima kasih kasih kepada Hasbullah yang secara sukarela membantu menjadi pelepas untuk acara sukan yang dijalankan.

Pasukan yang disertai oleh saya, Hasbullah, Malin[jemputan] dan beberapa orang wakil bapa juga telah memenangi acara tarik tali dengan strategi yang diatur oleh Malin. Walaupun hadiahnya tidak seberapa tetapi kepuasan kerana program berjalan lancar dan berjaya mencapai matlamatnya melebihi segalanya.

Foto sekitar Sambutan Hari Sukan TTAUiTM 2008




4 comments:

Anonymous said...

Dari Penjengok-Penjengok Tegar,
Berdasarkan gaya masa nak tarik tali,dah macam ahli pasukan kebangsaan la. Dengan pacak kaki dan kedudukan badan, dari coach goal ball dah boleh tukar kepada tarik tali pula lah nampak gayanya.
Tapi tak tahan aksi 'anchor man' tarik tali tu, siap pakai baju melayu tu, mestilah menang punya.
Apa pun, ini pengalaman manis buat semua.

Cheers ..............

hisyamchemat said...

Penjengok-penjengok Tegar,
Kalah tarik takpa, tapi gaya mesti kena jaga. 'Anchor man' pakai baju melayu sebab kena balun kompang masa perasmian.

Anonymous said...

menang betoi ka, sbb org bagi rasuah..... ada org bagi chance kot hehehehe...

hisyamchemat said...

Teamtact
Ya ka? Tak pasti pulak saya. Takpa saya siasat.