Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Wednesday, 11 June 2008

Budaya Subsidi

Sebentar tadi saya ada berbincang dengan dua orang pelajar dan bekas pelajar saya tentang projek selam skuba. Kata salah seorang daripada pelajar terbabit, "Sekarang ini fakulti tidak mahu menanggung kos untuk projek persatuan. Ini kerana persatuan didaftarkan di peringkat Hal Ehwal Pelajar dan bukannya fakulti". Jawapan saya mudah, "Kalau macam tu hangpa buatla kerja sambilan. Pergi ke sekolah-sekolah kemudian maklumkan kamu dari UiTM dan boleh conduct kem untuk budak-budak sekolah. Banyak duit hangpa boleh dapat."

Sengaja saya lontarkan idea sebegini. Rasa saya ini bukan kali pertama. Tapi masih tak ada tindakan. Saya agak kecewa. Mereka nak duit mudah. Memangla mereka ada Tabung Amanah Pelajar. Tapi tabung tersebut tidaklah semudah yang disangka untuk dikeluarkan peruntukannya. Amanah la katakan.

Teringat saya masa belajar di UPM dulu. Untuk satu-satu projek, kami cuma diberikan antara RM100.00 hingga RM400.00 sahaja oleh bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP). Yang lain kena cari sendiri. Jadi terpaksalah saya dan rakan-rakan dalam Kelab Outward Bounders mengeluarkan duit sendiri untuk menambahkan jumlah yang tidak mencukupi. Atas dasar minat yang mendalam dengan aktiviti rekreasi saya sanggup untuk membayar jumlah yang kurang. Saya dan rakan-rakan di UPM dulu sanggup membayar antara RM150.00 hingga RM200.00 untuk Kursus Jurulatih Rekreasi Tahap I dan II. Aktiviti lain pun sama. Pergi sebagai instuktor pun kena bayar.

Di peringkat fakulti pula kami langsung tidak mendapat peruntukan daripada pengurusan fakulti. Bas sahaja disediakan untuk sesuatu perjalanan. Jadi terpaksalah saya dan rakan-rakan sekuliah [RECCERS II] seramai 20 orang buat kerja sambilan untuk menampung kerja lapangan kami yang boleh dikatakan diadakan setiap hujung minggu. Seingat saya tidak seorangpun rakan sekelas pernah saya dengar mengeluh. Semuanya enjoy. Ketika Persidangan Agung UMNO di PWTC kami jadi penanggah. Masa konvokesyen UPM kami jual bunga. Kami mengambil peluang dengan kepakaran yang tidak seberapa dalam bidang perhutanan untuk menganjurkan Kem Ikhtiar Hidup untuk pelajar-pelajar sekolah. Kami ambil upah jual t-shirt. Kami juga tidak melepaskan peluang menggunakan kemudahan percuma di fakulti dengan mengambil upah membasuh kereta pensyarah dan staf di UPM. Selain itu juga kami sekelas merancang dan melaksanakan 'tayangan perdana'. Filem-filem terbaru pada masa itu seperti filem Puteri yang baru saja masuk panggung kami tayangkan kepada warga UPM di Dewan Kuliah Hutan. Penuh panggung untuk kesemua tayangan. Sampai ada yang sanggup duduk atas tangga dan berdiri. Banyak kami buat untung. Filem-filem Tamil, Inggeris dan Hisdustan turut juga ditayangkan. Semua duit tersebut kami kumpulkan dalam tabung kelas.

Latihan praktikal kami pada tahun terakhir pengajian adalah menjelajah ke seluruh Semenanjung Malaysia. Setelah ditolak duit makan, tambang, penginapan dan belanja lain, saya dan rakan-rakan sekelas yang lain sungguh terkejut. Kami semuanya mendapat duit poket untuk trip kali ini. Mustafa, bendahari kelas mengumumkan bahawa setiap seorang daripada kami mendapat imbuhan sebanyak RM700.00 di atas titik peluh kami sepanjang empat tahun di Fakulti Perhutanan. Alhamdulillah.

Tidak pernah langsung saya terfikirkan, rupa-rupanya sepanjang belajar di UPM saya telah menanam benih yang subur berkembang. Benih tersebut adalah semangat setiakawan, pengalaman dan kenangan yang tidak boleh dijual beli. Inilah benih yang dapat mematangkan saya lagi di dalam menghadapi kehidupan yang semakin mencabar ini.

Nasihat saya kepada adik-adik di universiti, gunakanlah sepenuhnya peluang yang singkat di universiti untuk menambahkan pengalaman. Janganlah hanya memikirkan untuk mendapatkan segulung diploma dan ijazah sahaja tanpa sempat menjalani kehidupan sebenar sebagai mahasiswa dan masyarakat. Tidak ada gunanya sekiranya menjadi 'beruk bilik' dan anti sosial. Ini kerana kemahiran bersosial sangat penting di dalam dunia yang serba mencabar ini. Kepada adik-adik yand memang sedia aktif dalam aktiviti kokurikulum pula, janganlah terlalu mengharapkan subsidi daripada pihak fakulti dan HEP sahaja. Berusahalah mencari sumber kewangan sendiri. Kalau boleh dijadikan contoh, saya dan rakan sekelas dahulu bukan sahaja aktif dalam berpersatuan, beraktiviti dan bekerja sambilan tetapi kesemua rakan sekelas saya mendapat CGPA 2.80 dan ke atas. Yang penting bijak membahagikan masa.

6 comments:

Anonymous said...

Dari Penjengok Penjengok Tegar (PPT),

Sebagai salah seorang alumni paling Otai (kategori askar pencen) tiba juga masa PPT dengar Boss luahkan isu ini yang dah lama dinantikan.Masa jadi student,PPT and the geng cari duit utk persatuan. Dengan berlakon dramalah (Boss pun ada), handle program sampai kena marah masa nak pinjam barang dgn Boss dan macam-macam ada. Dulu kami kena cari duit utk hidup berpersatuan tapi sekarang nampak gayanya junior PERLU nie tunggu duit untuk hidup berpersatuan.
So kepada junior PERLU nie tanyalah diri sendiri samada tuan-tuan dan puan-puan tahu atau tidak hidup persatnuan. Rasanya tahun nie takdak sorang pun AJK PERLU ajak Alumni bincang ttg halatuju dan masa depan PERLU UiTM.
Adakah mereka nie dah terror sangat? Tepuk dada tanya lah Iman.
Jangan lah jadi jaguh kampung hanya gagah dalam UiTM sahaja dan bangga menjadi Presiden, TImbalan Presiden dan sebagainya.
Rasanya kalau ada yang masuk kategori 'bodoh sombong' tu sedarlah diri sikit. Hidup dalam PERLU UiTM jarang dapat duit, keluar duit sendiri ada lah.

PPT minta maaf Boss kalau nukilan kali nie agak panas.

Cheers ......

hisyamchemat said...

PPT,
Memang tak dapat disangkal, masa di UPM dulu pun kami sentiasa berusaha untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada alumni. Tanpa alumni, tiada persatuan/kelab.

Anonymous said...

mungkin kepimpinan PERLU yang baru tak mahu di "bayangi" alumni.... masalahnya kalau tak dibayangi alumni nampaknya PERLU akan terus dibayangi misteriiii.......

Anonymous said...

Sebagai alumni PERLU yang masih segar ini, saya dapat melihat kesungguhan En. Hisyam yang juga penasihat mencari dana untuk melakukan sesuatu aktiviti. PPT yang juga otai alumni PERLU juga begitu.

Mungkin subsidi dari UiTM sudah sebati di dalam PERLU UiTM. Terikut-ikut akan perkara yang lepas kerana setiap kali mengadakan program pasti akan mendapat subsidi dari UiTM.

Teguran keras dari penasihat PERLU dan alumni otai PERLU (PPT) dapat diambil perhatian oleh MT PERLU.

Kepada MT PERLU, jangan putus asa jika berlaku masalah. Cari jalan penyelesaian yang terbaik untuk PERLU. Setiap masalah boleh diselesaikan dengan tindakan bukan hanya di mulut sahaja.

-ust-

Anonymous said...

PPT... Saya tambah sikit... "Ya, Kita berkokok dalam reban je la! Kita tengok siapa di kalangan kita yang paling hebat. Kalau berkokok kat luar takut takda orang nak dengar."

FoO dA fIrSt#1 said...

salam, tumpang lalu....

ais....kacang....
cendol....pulut....

(nak kasik sejuk sikit.....)