Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Thursday 26 June 2008

Habis Madu Sepah Dibuang

"Mengaku sajalah, kamu yang potong rantai motor tu", cabar Dr Ghiz (bukan nama sebenar). "Betul doc, bukan saya yang potong rantai tu", ujar saya membela diri. " Habis, kalau bukan kamu siapa lagi... kenapa susah sangat nak mengaku. Kalau kamu anak saya dah lama saya tampar kamu. Dah buat, tak nak mengaku pula. Kalau ikut sayalah... kamulah orang pertama yang akan saya tendang dari kolej", Dr Ghiz mencabar.

Saya tetap tidak mengaku sehinggalah perbicaraan selesai. Memang saya tak buat. Buat apa saya nak jadi kambing hitam. Selepas perbicaraan selesai, saya nekad memohon borang dan terus disi untuk keluar kolej berkuatkuasa semester seterusnya.

Itulah pengalaman saya ketika menginap di Kolej Kediaman Keempat (KK-4) UPM ketika di tahun pertama ijazah sarjana muda. Saya telah dipanggil oleh pihak pentadbiran KK-4 kerana disyaki terlibat memotong rantai yang digunakan untuk mengunci kesemua motosikal yang diletakkan di kawasan koridor Blok Murni. Padahal pada malam sebelumnya senior saya, Mozeck yang meminjam motosikal saya. Beliau mengaku meletakkan motosikal saya di atas koridor blok Murni. Memang itu suatu kesalahan. Tapi bukan saya yang buat.

Saya sendiri pun tidak tahu yang motor saya telah dikunci rantaikan oleh pihak kolej. Ini kerana keesokan paginya, kuliah saya bermula jam 10 pagi. Hanya motosikal saya sebuah sahaja yang tinggal di koridor blok Murni. Tiada tanda-tanda motosikal saya telah dirantai.

Ketika ke Dewan Makan setelah pulang dari kuliah baru saya nampak notis yang menyenaraikan pemilik beberapa buah motosikal termasuklah no plet motor saya perlu berjumpa dengan Encik Mas (bukan nama sebenar), pengurus kolej. Selepas berjumpa Encik Mas barulah saya tahu bahawa saya dan beberapa orang senior lain telah dituduh memotong rantai yang telah digunakan untuk mengunci motosikal kami. Kami perlu mengadap Dr Ghiz (sekarang Professor) untuk perbicaraan.

Saya nekad keluar dari kolej. Jasa saya ketika bersama pasukan sofbol Kolej [kami juara 2 tahun berturut-turut ketika saya di tahun kedua matrikulasi dan tahun pertama ijazah sarjana muda] dan wakil Universiti dah tak ada nilainya lagi. Jasa sebagai jawatankuasa kolej untuk kebanyakan aktiviti dan acara di kolej juga sudah tidak dipandang lagi. Hanya kerana kesalahan yang bukan saya lakukan, saya telah dipandang jelik oleh pihak kolej. Mungkin kerana ketika itu senior pandai melobi maka saya seorang sahaja yang telah dipersalahkan.

Seminggu selepas itu loceng kebakaran di kolej berbunyi. Saya yang ketika itu sedang berehat di dalam bilik, terkejut lalu bingkas bangun dari katil. Ketika ingin keluar dari bilik, fellow atau resident staff tiba-tiba muncul di depan bilik saya. Sekali lagi saya terkejut. Encik Dan (bukan nama sebenar) bertanya, 'Kamu ka yang pecahkan cermin loceng kebakaran ni". Tergamam saya. "Bukan saya Encik Dan", kata saya cuba membela diri.

Keesokan harinya sekali lagi keluar pertuduhan, Hisyam Che Mat telah dituduh memecahkan loceng kebakaran. Anak yatim piatu ini telah di'busuk'kan sebanyak dua kali oleh pihak pentadbiran KK-4. Tiada tempat untuk saya mengadu. Saya tak 'kenal' sesiapa. Hanya pada Allah tempat saya mengadu agar dipermudahkan kehidupan dan dijauhi daripada penganiayaan.

Nota HiCMat: Honda EX5 - PCN67** dalam kenangan. Di manalah motosikal itu berada sekarang?

8 comments:

zainal said...

aiyaaaa...manyak la watak bukan nama sebenar dalam cerita ko kali ni..tapi ok gak. Tak elok memdedahkan nama orang dengan perkara yg boleh mengaibkan mereka. Kalu mereka buat baik elok le didedahkan. semoga aku dijauhkan dari membuat kesilapan seperti Dr. Ghiz dan konco-konconye.

hisyamchemat said...

Takpa Kudult. Biaq orang buat buruk kat kita. Asalkan jangan kita pula buat buruk kat orang. Kalau tak kita pun 2X5.

PPT said...

Tu diaaa,
Nie mesti dulu geng rempit nie. Nombor motor pun sempoi semacam, nasib baik tak dua macam.
Kalau nak PPT tolong check kat mana motor tu sekarang pun boleh jugak, mana tau Boss nak tau mana pi motor tu la nie.
Dalam kenangan jugaklah motor PPT - PFX4510.

Cheers ....

ADDIN "My Life Is Beautiful" said...

salam Hc'mat


Begitulah manusia bila diberi kuasa sentiasa lupa....apa la salahnya kalau di buat siasatan betoi2x....hem..ni la sikap yang suka menginayakan org ...peringatan jgn melakukan perkara yang sama tak kira kita naik berapa tinggi kelangit tengok2x lah kebawah...

P/s aku pun ada di tika dan saat itu.....tak pa tuhan tahu siapa yang sebenarnya....dok buat peleceh

hisyamchemat said...

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Siapa sanggup namanya di'busuk'kan oleh orang. Tapi ada baiknya, sekarang aku dah jadi 'penyiasat' yang baik.

Anonymous said...

manusia akan mudah lupa diri bila diberi kuasa.... mungkin inilah hikmahnya saya tak jadi inspector sahab......

Anonymous said...

sabarla en.hisyam....myb dsebabkan dugaan macam ni en.hisyam jadi siapa diri en.hisyam skung ni....

FoO dA fIrSt#1 said...

saya macam agak setuju dengan PPT, tapi ada satu kemusykilan, LC135 yang PPT bwk dulu sapa punya? kenapa PFX4510 jadi kenangan? adakah kami kena kelepet?