Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Monday 24 November 2008

Dialog Industri

Minggu lepas FSR menjemput panel-panel dari industri rekreasi luar tanahair untuk berdialog berhubung pembentukan program baru di dalam bidang rekreasi luar di peringkat sarjana muda di FSR. Saya sebagai setiausaha pembentukan program baru telah berjaya mendapatkan idea-idea daripada panel-panel yang hadir bagi menambahbaikkan kurikulum yang sedang dirancang.

Antara yang sudi hadir untuk berkongsi idea adalah Dr Azlizam Aziz dan Sam Shor Nahar Yaakob (Pensyarah Kanan di UPM), Madzrib Ibrahim (Timbalan Ketua Pengarah di KBS), Robert James (Timbalan Pengarah di Outward Bound Lumut Malaysia), dan Amanda serta Mariana Halim (Wilderness Centre Langkawi).

Kalau nak dikira dari segi honororium yang diberikan, memanglah tidak berbaloi dengan sumbangan idea yang dicurahkan dan masa yang telah para panel semua luangkan untuk membincangkan tentang pembentukan program baru tersebut. Semoga usaha murni dan sumbangan mereka semua akan memberi kesan yang signifikan terhadap bidang pendidikan rekreasi luar di Malaysia.

4 comments:

hijau bumi Tuhan... said...

tahniah en hisyam...
sy harap kurikulum rekreasi luar akan diteruskan dan dikekalkan terutama di FSR UiTM serta mempunyai silibus yg lebih mantap dari masa ke semasa...

harap2 wujud la sebuah jabatan rekreasi dibwh FSR nti dan bukan sekadar subjek dlm mngement je... x pun tubuh satu lg fakulti, khas utk rekreasi je, (melampau ke idea sy ni, hehe) insyallah...


salam perjalanan...

Anonymous said...

akhirnya!

teamtact said...

yeah....!!!!

hidup rekreasi...

we support FSR....

zainal said...

Salam.

Good job Bro!