Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Monday 24 November 2008

Sekadar di Pinggiran

Perlukah mereka terus dipinggirkan? Niat saya dan Nagoor ikhlas sekali. Kami ingin menjadikan rekreasi inklusif (inclusive recreation) menjadi kenyataan di Malaysia. Bukan senang hendak meyakinkan orang bahawa rekreasi luar ini sebenarnya selamat dan memang sepatutnya semua masyarakat, tidak kira orang normal, orang kurang upaya (OKU) dan orang tua dapat melakukannya. Kalau dahulu kita mengasingkan program khas untuk OKU, kenapa kini kita yang telah berada di alaf baru ini masih lagi melakukan sedemikian rupa.

Masih ada di antara kita yang tidak sanggup menanggung risiko untuk melibatkan OKU di dalam aktiviti rekreasi luar. Saya kecewa. Namun perjuangan untuk memartabatkan rekreasi inklusif akan diteruskan.

Semasa di UPM dahulu saya tidak pernah diperkenalkan dengan aktiviti rekreasi untuk OKU. Kami banyak melakukan dan mengendalikan program rekreasi luar sesama kami atau untuk pelajar sekolah. Semuanya orang normal. Zaman dah berubah. OKU pun nak terlibat sama. Berilah mereka peluang. Takkan asyik-asyik dengan sukaneka ja. OKU pun dah tahu bosan. Asyik-asyik tiup belon dan letak bawah punggung sampai pecah, cari gula-gula dalam tepung sampai muka macam Raja Kapur dan lari dalam guni.

Di Amerika Utara pun berkembangnya rekreasi inklusif ini sekitar awal 90-an. Itupun Smith dalam bukunya Inclusive and Special Recreation mengatakan perkhidmatan dalam bidang rekreasi luar untuk OKU yang diberikan oleh pihak kerajaan dan swasta masih belum cukup.


Memang betul di Amerika Utara ada Americans with Disabilities Act (ADA). Akta yang digubal bagi memadamkan diskriminasi terhadap OKU, meningkatkan peluang OKU untuk menjalankan kehidupan seharian secara normal dan peluang menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak swasta atau kerajaan. Kita di Malaysia pun ada Akta OKU 2008. Akta yang diwujudkan bagi tujuan membela nasib golongan kurang upaya. Saya pun tak pasti samada OKU semua tahu tentang kewujudan akta ini. Diharapkan dengan berkuatkuasanya akta ini, maka tidak akan ada lagi rakyat di negara ini yang merasakan diri mereka dipinggirkan di dalam menempuhi kehidupan yang semakin mencabar ini.

7 comments:

Anonymous said...

therapeutic recreation..saya suka!

ingat nak bincang dgn en hisyam la tentang ini.

Apize said...

Teringat dengan program camping bersama Visual Impair and Blind student yang dianjurkan kelas kami (batch O.L.E) pada awal tahun 2008, dibawah en. Nagoor. Ianya diadakan 2 hari 1 malam di Taman Seri Cahaya Shah Alam. Kita mendapat feedback yg amat baik dari peserta-peserta. Program 'inclusive reareation' memang patut di wujudkan di Malaysia kerana ianya memberi peluang kepada OKU untuk berekreasi dan mengenali alam.
Selaras dengan "quote" di dalam blog saya - Feel the Nature, Experience the World" Dimana golongan OKU boleh merasa dunia sebenar dengan adanya program seperti ini.Teruskan!

hisyamchemat said...

Amin,
Boleh saja.

Hafiz,
Kadang-kadang OKU lebih pandai menghargai daripada kita, orang normal.

wegreentheearth said...

bos,
kepuasan dapat terlibat dlm prog rekreasi bersama2 golongan ini memang tak dpt digambarkan. sudah beberapa program saya dapat turut serta dan jelaslah yg mereka ini semua ingin turut serta dan sama2 melakukan aktiviti rekreasi luar. mereka juga manusia seperti kita semua..

hisyamchemat said...

Benar Mus,
Tidak semua orang mendapat peluang seperti kita. Sewajarnya kita bersyukur.

Roland Robert Imbang said...

Bukan nak berlagak, bukan nak menyombong..Sewaktu dalam tahun akhir amik degree kat UITM S.Alam dulu kitorang wat program dengan OKU. Feedback memang mengharukan..Ibubapa adik2 & abang OKU yang hadir turut menyatakan rasa terhutang budi kerana adik2 & abg2 OKU ni mendapat 1 pengalaman yang tidak dapat digambarkan oleh mereka.Jika kita tidak memberikan peluang kepada OKU untuk terlibat sama maka kitalah OKU dalam erti kata yang sebenar.KITA PASTI BOLEH!!!

zainal said...

Salam..

tak glamer la buat program utk depa tu.

sponsor susah la nak dapat.

gila penat la buat keje untuk diaorang tu.

antara jawapan yg sebenarnya kita dengar (depa cakap dalam hati je) dari recreation provider. Hanya berjaya jika objektifnya ikhlas dan jujur untuk memberi peluang kepada mereka yg istimewa ini kerana akhirnya mereka juga manusia dan makhluk tuhan. Adalah tidak adil kita menidakkan hak mereka untuk melakukan apa yg kita lakukan.