Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Monday, 10 August 2009

Mereka Kena Kuat!

Betul mereka kena kuat. Kuat segala-galanya. Dugaan memang banyak. Mana taknya, pada hari biasa mereka bekerja dan di hujung minggu mereka belajar. Keseronokan bersama keluarga di hujung minggu terpaksa dilupakan buat beberapa tahun. Mereka perlu kuatkan semangat dan bulatkan tekad untuk mencapai impian ketika di awal mereka mendaftar sebagai pelajar di universiti dahulu.

Begitulah pengorbanan yang perlu dilakukan oleh abang-abang dan kakak-kakak polis di dalam menuntut ilmu secara Pengajian Luar Kampus (PLK) di FSR UiTM. Pengorbanan mereka ini akan terbayar tidak lama lagi apabila mereka akan menamatkan pengajian yang hanya tinggal satu semester sahaja lagi.

Bayangkanlah di dalam kesibukan mentelaah pelajaran, datang pula tugasan dari Jabatan di mana mereka bertugas untuk menjalankan operasi. Kadangkala kuliah pun terpaksa dilupakan. Biarpun sedang bertugas tetapi minda tetap di bilik kuliah. Begitulah pengorbanan untuk mengubah nasib. Tiada kejayaan tanpa pengorbanan memang tepat untuk mereka ini.

Kepada adik-adik yang mendapat peluang belajar secara sepenuh di usia muda ini... gunakanlah sebaiknya. Janganlah disia-siakan peluang yang telah diberikan. Gunakanlah sebaik-baiknya.

Kepada abang-abang dan kakak-kakak polis saya doakan anda semua berterusan dikuatkan semangat dan cemerlang di tahun akhir ini. Amin.

4 comments:

apaiA4 said...

Memang betul....Tiada kejayaan tanpa pengorbanan...kepayahan dan keperitan yang kami hadapi akhirnya tinggal 1 semester lagi..kepada junior kami, jgn putus asa....kepada lecturer semua..budi dan jasa tidak dapat dinilai..hanya Tuhan yang membalasnya..Amin

HiCMat said...

sama-sama

REDZUAN said...

BOS BUKAN SENANG NAK SENANG DAN BUKAN SUSAH NAK SUSAH

HiCMat said...

Haah betul. Senang-senang datang rumah. Susah-susah tanyalah ajalah pakcik kat simpang tu jalan ke rumah saya