Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Sunday, 30 August 2009

Salah Maklumat Ka Saya Bagi

Alahai saya pun dok berfikir... salah bagi info ka. Mungkin depa tak tahu kot apa yang saya mahu mereka isi di dalam blog.

Petang tadi saya maklum semula kepada pelajar PLK PDRM dan Ahad minggu lepas saya peringatkan semula pelajar-pelajar e-PJJ. Semuanya pasal bloglah bro. Ada yang ingat blog tu takda maknanya. Jadi sayapun mulalah semula mukadimmah masa kuliah yang pertama dulu.

Sebenarnya blog yang dibuat oleh pelajar-pelajar ini adalah lebih telus dan mudah. Maka kena sangguplah terima ulasan positif dan negatif. Kena lebih terbuka la beb.

Kalau sebelum ini pelajar-pelajar Rekreasi Luar menggunakan logbook untuk mencatatkan pengalaman dalam berekreasi luar. Kini tidak lagi! Blog pula kita gunakan sebagai penggantu. Kerja sebenarnya lebih mudah. Coretkan sahaja pengalaman di dalam blog dan biarkan umum menilai sendiri karangan idea dari pengalaman mereka itu. Sememangnya ia lebih teluskan!

Melalui blog juga para pelajar akan lebih mendekati ilmu sebenarnya. Mereka boleh meneroka laman-laman sesawang yang berkaitan rekreasi luar dan seterusnya meletakkannya sebagai sebahagian daripada link di sisi blog mereka. Jadi mereka boleh merujuk blog-blog ini pada bila-bila masa untuk melihat atau membaca nota-nota dan coretan berkaitan aktiviti rekreasi. Rakan-rakan juga boleh berkongsi maklumat melalui kaedah ini kan.

Selain daripada itu... dapatlah kita saksikan bakat-bakat yang terpendam yang ada pada individu. Ada sesetengah individu itu sendiri pun tak tahu tentang bakatnya yang boleh mengarang di dalam blog ini. Coretan yang dipertontonkan kepada umum begitu menarik dengan jalan cerita yang mengujakan penjenguk yang melawati ke blog mereka. Teruskan berkarya.

Hah apa tunggu lagi... update jangan tak update. Markah percuma 15%menunggu mereka yang layak sahaja tau.

12 comments:

michelle said...

Lumrah manusia, Bila dah terantuk baru tersedar..
Terima kasih kerana sering mengingatkan kami.

khalifahunique said...

THANKS FOR REMIND.... INSYALLAH AKAN KU BERUSAHA UNTUK MENDAPAT 15%

Norazlina Mohd Nor said...

salam. terima kasih atas peringatanmu....blog dlm proses pengemaskinian...tungguuuuu...

serama68 said...

Zallina berkata..
Assalamualaikum Cik.Saya akan cuba mencuri masa untuk update blog.15% tu...Tapi janganlah lupa menjenguk blog saya serama68.. merajuk saya. Saya dah tel dari pej dan hantar mail berkaitan blog adddress. Takpa maybe Cik lupa. dimaafkan.Insyaalah saya akan update blog setakat yang saya mampu, insyaalah

binggo said...

EN. HISYAM,
Saya dah update blog saya, penat giler sampai kol 3 pagi sambung buat blog Pulau Kapas tu... Baca ek... he he Hidup 15% wakaka...

Haron said...

salam. Maklumat Tak salah, mungkin kita yang terlepas pandang atau tersalah tafsir. Ingatkan nak suka-suka aje cit-cat, rupa2nya ada landak laut di balik karang. Tuan Penasihat saya up sikit lagi 5%. Boleh ke? Tq.

HiCMat said...

Puan Zallina,
Sila emailkan semula alamat blog. Saya gagal untuk akses blog Serama68. Ada sesiapa yang boleh bantu.

ShAriFfAh NoR said...

Salam cik..maaflah x dapat datang kelas sabtu lepas..kembong perut..guling2..mekasih ingatkan tentang blog... nanti sy update ye...selamat berpuasa.

HiCMat said...

Hi Semua,
Saya dah berjaya masukkan blog Serama68. Harap maklum. Jangan marah/merajuk ya empunya blog

Haron said...

Sifat serama kan macam tu. mudah merajuk. Wa tak tau siapa yang kena pujuk. PPT boleh tolong kot? Tapi bukan macam trajedi Ogos..WC tu.

Apize said...

UPDATE JANGAN TAK~

rino-nong said...

biasa la orang malaysia mudah lupa. Tp ada juga buat2 lupa. manusia kalu telah tersepit dalam masalah, mula lah cuba nak elak dari masalah. saya salah seorang yang lupa akan peringatan che mat. minta maaf banyak2.