Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Wednesday, 21 October 2009

Hidup Perlu Diteruskan

Betul tu... hidup perlu diteruskan. Yang pergi biarkan dia pergi. Kita yang hidup ni kenalah teruskan perjuangan yang masih belum selesai. Perjuangan yang masih belum ditemui penghujungnya lagi. Takkanlah kita nak ikut orang yang kita sayangi tu sampai ke dalam liang lahat. Takkanlah kita berterusan ingin meratap pilu di atas kehilangan yang telah ditentukan itu.

Janganlah bergundah gulana terlalu lama. Orang yang pergi tu pun sudah tentu tidak mahu kita terlalu meratap pilu pemergiannya. Biarkan dia tenang di sana. Kirimkanlah doa dan sedekahkanlah ayat-ayat suci al-Quran bagi 'memudahkan' dirinya 'di sana'.

Saya coretkan di sini berdasarkan pengalaman sendiri. Saya nasihatkan kepada pelajar yang baru sahaja berjumpa saya sebentar tadi bersandarkan pengalaman yang menimpa diri sendiri. Tak dapat saya gambarkan kedudukan diri ini sekiranya saya bertekad untuk berhenti belajar selepas mak dan abah pergi ketika diri memerlukan sokongan dan dorongan untuk menghadapi peperiksaan besar, SPM pada tahun 1991 yang lalu. Alhamdulillah Allah kuatkan semangat saya. Allah bukakan minda dan tenangkan jiwa untuk berfikiran waras. Kalau tidak mungkin saya masih di Kulim dan bekerja di kilang sebagai operator.

Sesungguhnya segala dugaan dan cubaan yang Allah turunkan adalah untuk menduga keimanan hamba-hamba-NYA. Kita tak boleh tewas. Kita mesti bertekad untuk berjaya. Jangan hampakan harapan ibu dan bapa serta mereka yang tersayang. Pasti ada sinar menanti sekiranya kita berusaha.

Usaha + Doa + Tawakkal... insyaallah berjaya.

5 comments:

Anonymous said...

betul tu en syam.
20 Nov 2007 merupakan saat yg plg sedih dlm hdp.ayah pergi untuk selamanya. time tu rasa mcm dunia ni kelam, kosong, dah tak bawak makna apa2.
tapi alhamdulillah,berbekalkan semangat dan iman dalam diri saya dpt bangkit semula.
alhamdulillah, 29 may 2009 saya dpt bwk mak jejakkan kaki ke dewan konvo. klu trs meratap pilu,x fkrkan ms dpn,x tau la apa nsb saya skrg.
-abby-

mohdelham bin mohdsayuti said...

betol bos..
usaha doa tawakal
setuju!!!

kakkoi6779 said...

Betul kata boss, adik2 ni tak perasan bertapa pentingnya pelajaran, untuk menempah tempat ke UiTM, koi terpaksa mengambil SPM pada tahun 2005 sewaktu berumur 37 tahun, setelah 10 tahun meninggalkan alam persekolahan. kerana tak mampu. Sayang kalau adik-adik tak menghargai peluang yang ada.

HiCMat said...

Abby,
Tahniah daripada saya. Sudah tentu detik semasa menerima skrol itu merupakan saat yang paling mengembirakan dalam kehidupan emak Abby. Teruskan usahan untuk mengembirakannya. Semoga Abby terus cemerlang di dunia dan akhirat.

Kakkoi,
Saya hormati semangat juang anda dan rakan-rakan PLK and ePJJ yang lain di dalam menempuh alam menuntut ilmu di FSR sekalipun sibuk dengan kekangan tugas masing-masing. Selamat berjaya dalam peperiksaan akhir nanti.

HiCMat said...

Abby,
Tahniah daripada saya. Sudah tentu detik semasa menerima skrol itu merupakan saat yang paling mengembirakan dalam kehidupan emak Abby. Teruskan usahan untuk mengembirakannya. Semoga Abby terus cemerlang di dunia dan akhirat.

Kakkoi,
Saya hormati semangat juang anda dan rakan-rakan PLK and ePJJ yang lain di dalam menempuh alam menuntut ilmu di FSR sekalipun sibuk dengan kekangan tugas masing-masing. Selamat berjaya dalam peperiksaan akhir nanti.