Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Saturday 10 October 2009

Selesai

Alhamdulillah selesai sudah Majlis Aqiqah dan Rumah Terbuka Aidilfitri yang kami sekeluarga anjurkan. Terima kasih kepada semua rakan-rakan dan saudara mara yang sudi menghadirkan diri bagi memeriahkan dan menceriakan lagi majlis.

Tidak saya lupakan kepada mereka yang sanggup menyingsing lengan membantu Liza di dapur semenjak dari awal pagi iaitu Ayu dan Dasri. Kepada para penyumbang-penyumbang lain (PakCik Ramli, Kak Rock, Teamtact, PERLU, PPT & Nurul) turut saya ucapkan ribuan terima kasih.

Saya sekeluarga ingin memohon sejuta kemaafan sekiranya terdapat kekurangan ketika kami melayan rakan-rakan sekalian ketika di majlis tersebut. Segala yang baik itu datangnya daripada Allah subhanahuwata'ala dan kekurangan itu adalah di atas kelemahan kami sebagai penganjur. Semoga dengan majlis sebegini akan terus merapatkan ukhwah yang sedia terjalin sesama kita. Saya juga berharap agar rakan-rakan sekalian tidak serik untuk ke pondok kecil saya lagi. Terima kasih.

3 comments:

Michelle said...

Boss! daging kambing tu sedap la. Habis 2 ketul akak ambik. TQ kerana menjemput. Jgn lupa tahun depan..

kakkoi6779 said...

A'kum
Boss! betul kata Michelle hari tu makanan semuanya sedap. korma kambing memang sedap giler..3 kali lipat koi sebat, habis pinggan koi menyeberang ke pinggan Ina cute pulak. TQ atas jemputan.

_F.@.R.@.H.@.L.!.N.@_ said...

salam en.syam..tolong sampaikan salam minta ampon dan maap pd k.ija ya..sy ntl2 minta maaf tas sbb xdpt nk hadirkan dr ke mjlis ari tuh..sekaligus tdk dpt membantu k.ija menyiapkan juadah..maafkan sy k.ija..sy xda niat pon tp ada kesulitan yg xdpt sy elakkan..skali lg sy minta maaf kat k.ija dan juga en.syam..pas nih kalu da papa g jgn mnyesal plak nk pggl sy lg..hehe..pe pon syukor alhamdulillah..suma nya selesai..amin