Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Monday, 19 October 2009

Mereka Pun Boleh!


Semalam telah berlangsung Bengkel Berkayak dan seterusnya perlumbaan mencari harta karun dengan menggunakan kayak di Taman Tasik Shah Alam. Program yang dianjurkan oleh mahasiswa/i Semester 04 Sarjana Muda Pengurusan Sukan (Pengkhususan Pengurusan Rekreasi) menggabungkan peserta-peserta dari Pertubuhan Orang Kerdil Malaysia dengan siswa/i Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi.

17 orang lagi golongan orang kerdil telah membuktikan bahawa mereka juga mampu melakukan apa yang orang normal boleh lakukan. Mereka menolak ketepi segala kekurangan yang ada dalam diri untuk menyempurnakan aktiviti yang boleh dianggap mencabar. Mereka terjun ke dalam tasik untuk aktiviti keyakinan diri di air, berkayak di tengah panas rembang dan mencuba sebaik mungkin untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan di sepanjang perlumbaan mencari harta karun.

Syabas kepada penganjur kerana berjaya melaksanakan program yang amat jarang dianjurkan oleh masyarakat ini. Penganjur juga berjaya memujuk seorang peserta yang terlalu takut untuk melakukan aktiviti yang telah dirancang. Peserta tersebut fobia dengan aktiviti air. Akhirnya... berkat kesabaran, pujukan dan semangat yang diberikan oleh penganjur dan rakan-rakan peserta, maka peserta yang seorang ini berjaya menyempurnakan aktiviti bersama ahli kumpulannya.

Menariknya untuk program kali ini, penganjur berjaya mendapatkan khidmat sukarelawan untuk turut membantu menjayakan aktiviti. Mereka ini terdiri daripada pelajar-pelajar diploma yang ingin turut menyumbang bakti. Semangat kesukarelaan sebeginilah sepatutnya ada di dalam diri masyarakat kita agar segala program yang melibatkan OKU dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Sesungguhnya program sebegini amat bertepatan dengan semangat gagasan 1Malaysia yang telah perkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu untuk membina kesepaduan rakyat Malaysia. Konsepnya mudah sahaja iaitu mengutamakan seluruh lapisan masyarakat tidak kira samada normal atau OKU dengan memastikan perkongsian nikmat secara bersama tanpa ada yang berasakan diri mereka terpinggir. Agama Islam juga menuntut kita melayan sesama manusia tanpa pilih kasih. Begitu jugalah dengan OKU. Mereka wajib dibantu dan dipermudahkan hidup mereka.Kita berilah peluang untuk mereka beriadah dan berekreasi sama.

Saya mengharapkan pelajar-pelajar saya dan rakan-rakan penjenguk sekalian terus bersemangat untuk menganjurkan program sebegini di lain ketika.

6 comments:

REDZUAN said...
This comment has been removed by the author.
REDZUAN said...

Tak semua yang kurang bermakna tak mencukupi..
Tak semua yang mencukupi bermakna perfect..

Bukan senang nak senang.. dann..
BUKAN SUSAH NAK SUSAH!!

Betul tak bos..
Kekadang orang yang kurang upaya ni lagi mulia dari kita kan?

perjalanan... said...

tahniah buat boss dan pihak penganjur...smoga golongan ini terus mendapat sokongan dan berpeluang melakukan apa yg kita boleh lakukan tanpa dipinggirkan...


salam perjalanan...

kakkoi6779 said...

boss,
yg mana satu, cermin mata terjatuh dlm air tu..

HiCMat said...

Kakkoi,
Biarlah rahsia. Kalau terror cuba teka.

kakkoi6779 said...

boss,
rasanya mcm yang depan sekali tu. apa-apa pun mereka semua cute2 belaka.