Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Friday, 23 October 2009

Undangan

Ecah dan Tengku bertandang ke rumah saya beberapa hari yang lalu. Tujuan mereka hanya satu... saya pasti. Mereka diamanahkan untuk menjemput saya ke AGM yang akan diadakan pada Ahad malam Isnin. "Alahai Ecah... alahai Tengku, macamanalah saya nak pergi ke majlis tersebut. Siangnya saya ada Majlis Konvokesyen pelajar FSR. Hari yang sama juga dari jam 7.00 pagi sehingga jam 7.00 malam, saya ada program rekreasi untuk OKU di Tasik Shah Alam. Sudah tentulah malamnya pula masa untuk saya bersama keluarga", ujar saya kepada mereka berdua. "Tapi saya cuba", janji saya.

Keesokan harinya ketika sedang beraktiviti bersama OKU, Mubin menghampiri saya. Terus saya bertanya, "Berapa ramai yang boleh hadir malam ini?". Persoalan saya sukar untuk dijawab oleh Mubin. Rakan-rakan dalam persatuan ramai yang terlalu sibuk di hujung minggu hingga sukar memberikan komitmen untuk hadir ke majlis AGM. Saya faham, di saat-saat akhir semester ini ramai yang tak mahu diganggu. Mana taknya... banyak tugasan yang perlu disiapkan, ada kursus pula baru nak dibuat ujian kedua dan kebetulan pula ada ahli yang terpaksa memberi komitmen terhadap urusan keluarga yang telah lama dirancang. Maka saya cadangkan kepada Mubin agar majlis AGM ditunda ke tarikh yang mana perlu dipersetujui oleh majoriti ahli untuk hadir. Baru cukup korumnya.

Berbalik kepada undangan daripada dua ahli Majlis Tertinggi (MT) PERLU sebelumnya. Saya suka mengaitkannya dengan pengalaman kami ahli-ahli persatuan ketika menjemput Penasihat-penasihat Kelab Outward Bounders UPM untuk ke AGM. Sudah semestilah kami akan menghantar mereka yang sepatutnya, iaitu yang berkemahiran memujuk dan bukan sekadar sebagai penghantar posto sahaja. Iyalah kami sedia maklum, penasihat-penasihat yang terdiri daripada Prof. Dato' Dr Idris Abdul (Penasihat Kehormat KOBUPM), En. Mohamad Noor Liza Baharom(Penasihat KOBUPM), En. Mohd. Nasir Markom (HEP) dan En. Mohd Nazri Noh (HEP)merupakan orang penting di UPM dan sentiasa sibuk dengan tugas mereka. Maka apabila Penasihat-penasihat ini muncul dan merasmikan majlis-majlis kami terutamanya AGM, kami sangat-sangat teruja dan sudah tentulah amat kami hargai kemunculannya. Saya yakin majlis akan menjadi hambar tanpa kehadiran barisan penasihat. Kehadiran alumni seperti pengasas KOBUPM saudara Mohamad Thuairi Mohamad Tayeb dan saudara Syed Azmeer juga amat kami ahli-ahli persatuan nantikan bagi turut sama memberi idea dan berkongsi pengalaman.

Oleh yang demikian, apabila saya mendapat jemputan dan pujukan daripada Ecah dan Tengku untuk menghadiri majlis AGM PERLU UiTM... sudah tentulah saya sukar untuk menolaknya. Saya tahu mereka sudah merancang sebaik mungkin untuk melaksanakan majlis ini. Mungkin mereka tidak tidur malam untuk menyiapkan laporan yang akan dibentangkan.

Takkanlah saya yang hanya perlu datang untuk beberapa minit dan seterusnya merasmi dan mendengar pembentangan berkaitan persatuan tidak boleh memberikan komitmen. Padahal mereka ini jugalah yang banyak membantu mempermudahkan kerja di sepanjang saya mengajar kursus Rekreasi Luar. Sukar untuk saya hampakan permintaan mereka.

Sudah semestinya tanpa kad jemputan sekalipun tetapi kalau kena dengan caranya... yakinlah saya akan sampai...insyaallah. Sekali lagi, terima kasih di atas jemputan.


Nota: Untuk AGM pada kali ini, Ecah dan Tengku telah menyerahkan kad jemputan kepada saya. Saya juga mendapat pesanan ringkas daripada Atiqah dan seterusnya jemputan secara verbal daripada saudara Presiden, Mubin.

4 comments:

FoO dA fIrSt#1 said...

sebalik tabir, siapa yang tahu...
yang baik susah, yang tidak baik senang...kunyah dan telan...yang tabah berjaya harung...yang lemah jangan mengalah...sayang semua...

mereka Fikirkan...

perjalanan... said...

ingt lg masa di final camp...dari situ dh diajar cara utk menjemput org...teringat lg, masa tu sy biro protokol...dari jemputan mjlis perasmian, hinggalah nk jemput instructor mkn masa dlm camp, semuanya ada cara yg perlu diikut...masa tu mmg rasa susah, tp skrg ni ia bnyk mengajar dan mmg berguna terutamanya dlm pekerjaan...


salam perjalanan...

teamtact said...

Salam....betul...

Saya yakin semua telah cuba untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing walaupun terpaksa bergelut dengan macam-macam tugasan lain sebagai student....

Walau bagaimana pun masih ada ruang yang boleh diperbaiki.... Macam saya kata tempoh hari... yang baik kita nak kekalkan... yang tak baik tu yang kita nak ubah... Atas dasar itula yang alumni tegur tentang kesilapan yang berlaku.... bukan takde yang baik.... cuma kurang disebut sahaja... kalau nak disenaraikan.. pasti banyak yang baik berbanding yang tak baiknya adik-adik kami ni...

moya said...

terima kasih banyak2 bos