Hari ini sekali lagi rekod tercipta. Saya terpaksa membawa sendiri peralatan untuk amali mendaki tembok. Secara tradisinya pelajar yang kan meminjam dan memulangkan peralatan. Apa dah jadi? Bukan apa pelajar sibuk sangat. Saya tak sanggup melihat amali terakhir untuk semester ini dibatalkan kerana kegagalan mendapatkan peralatan. Jadi tak apalah sekali sekala biar saya pula yang secara sukarela membawa peralatan tersebut untuk amali di Pusat Sukan Ekstrem (PSE) Seksyen 13 Shah Alam. Biar pelajar pula datang berlenggang.
Ketika saya tiba di PSE pada jam 8.45 pagi, masih belum nampak kelibat pelajar-pelajar saya. Rupa-rupanya mereka semuanya masih menunggu di Stor Peralatan Rekreasi. Takkan tak tau kot? Atau buat-buat tak ingat? Maa janji kita 2 mingu lepas? Juga dah saya maklumkan minggu lepas. Takpa saya tak marah... suka.
Kesemua mereka sampai tepat jam 9.15 pagi. Saya mulakan dengan teorinya dahulu sementara menantikan Azmi, Shawn dan Yasir memasang tali.
Alhamdulilah kesemua pelajar berjaya mendaki hingga ke atas.
11 comments:
Sandiwara Dunia,
Hisyam, ini dia yang saya komen sebelum ini, perkaraka yang tak di jangka berlaku. Masalahnya individu atau human factor. Tapi bagi saya syam dah menjalani tugas sebagai seorang pendidik selain sebagai pensyarah ok Fren.
Good Job, Well DOne.
Sabar menempuh dugaan dan cabaran.
Terima kasih Mr Tan dan saudara/i Anonymous. Teruskan menyokong saya.
Agak janggal mendengar yang 'TOK GURU' membawa perkakas mengajar untuk anak muridnya. Sememangnya manusia itu diambil dari perkataan INSAN yang membawa maksud pelupa. Oleh itu, tidak kiralah sesiapa sahaja harus ingat mengingati.
Lain pula saya, saya telah diberitahu tentang aktiviti ini, tetapi akibat daripada kekangan thesis dan telah berjanji dengan kawan sekelas untuk berbincang dan seterusnya mengajar tentang perkara yang tidak saya fahami, saya tidak dapat untuk menghadirkan diri ke kelas 'wall climbing' tempoh hari.
ustat
asal wall je azmi yg demo...mana pelapis baru ni....takan shawn ngan ustat plak nak wat demo....
Ustat,
Saya tak kisah. Saya pun bukannya hebat sangat. Hanya nak berkongsi mana yang tahu.
Shawn,
Mungkin depa sibuk kot. Insyaallah, jika niat kita betul suatu hari nanti kita akan mendapat lebih ramai pelapis yang sanggup bersama-sama kita.
tak ajak pun
masa bile nei
Anonymous & Hafiz
Aktiviti saya sebenarnya untuk ahli kelas yang berdaftar. Yang lain sekiranya berminat sila hubungi dan maklumkan saja kepada saya. Sekiranya ada tempat, sudah tentu anda dialu-alukan. Yang penting sentiasalah menghubungi saya untuk perkembangan aktiviti terkini.
hurm sir el wakil bdk2 klas mintak maaf sbb kiteorang xbrusehe nk bwak brang2 untuk wall ni...
It's OK EL. Saya tak kisah. Group kamu memang best. Komited dengan kerja.
Post a Comment