Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Tuesday, 24 June 2008

Fakta Bukan Auta

Selepas saya memasukkan posting semalam. Beberapa orang bekas pelajar dan rakan-rakan yang dah lama tidak berhubung telah menghubungi saya. Mereka mula bertanya, "Kolej mana? Bila mula? Program apa?" dan macam-macam persoalan lagi.

Jadi nasihat saya kepada sesiapa yang berminat, pastikan anda benar-benar bersedia. Ini kerana anda akan menyampaikan ilmu berserta pengalaman kepada anak didik anda. Ilmu rekreasi tidak hanya terdapat di dalam bilik darjah. Bukan hanya daripada pembacaan sahaja. Ia merangkumi teori dan amali.

Selain daripada segulung ijazah, tak kira sarjana atau sarjana muda, anda perlu ada ilmu-ilmu dan pengalaman-pengalaman tambahan yang boleh menyokong ijazah anda. Dapatkan sijil Kursus Kepimpinan Rekreasi Tahap I, II dan III. Ikutilah kursus Bantu Mula, EAR dan CPR. Kalau mampu teruskan sehingga ke kursus Wilderness First Aid Responder. Untuk aktiviti air pula cubalah ikuti sekurang-kurangnya Kursus Kayak Star 1 & 2. Tidak lupa juga Kursus Penyelamat Kelemasan atau lebih dikenali sebagai Kursus Penyelamat Pingat Gangsa.

Kepada yang mampu dan mempunyai kelapangan masa pula cubalah menghadiri Standard Course selama 25 hari di Outward Bound School (OBS),Lumut. OBS menawarkan hutan dan laut sebagai bilik darjah. Anda akan merasai semangat berbeza setelah menamatkan kursus tersebut. Ia selaras dengan visi OBS, "Create situations and opportunities to learn, to share, and to help build people's potential towards a brighter tomorrow."

Banyak lagi kursus yang berkaitan dengan rekreasi luar yang boleh dihadiri dan diikuti oleh anda semua. Kursus Ikhtiar Hidup, Kursus Mendaki, Kursus Menyelamat Aras Tinggi, Kursus Selam Scuba, Kursus Paragliding dan macam-macam lagi. Rekreasi luar semakin berkembang, maka ilmu berkaitannya perlu diperkembangkan oleh penyampainya.

Oleh itu saya ingin berpesan, tuntutlah ilmu sebanyak yang mungkin. Ini kerana semakin banyak yang kita belajar sebenarnya semakin banyak yang kita tidak tahu. Jadi inilah masanya kita menjelajah untuk mencari ilmu.

5 comments:

PPT said...

Salam,
Dalam erti kata lain 'Tiada Hari Tanpa Rekreasi'.


Cheers ...

ADDIN "My Life Is Beautiful" said...

salam PPT,

bila nak start penulisan blog............tiada hari tanpa menulis...woih.............banyak nyer nak kena belajar....tapi kalau dah minat tak terasa pun....belajarlah ye...saya sokong PPT Tiada hari Tanpa Rekreasi

PPT said...

Boot,
Suatu hari Blog PPT akan terhasil jugak.
CUma la nie dok tengah study bloggers-bloggers lain macam mana handle blog sendiri.
Ada yang dah bersawang kow-kow dan ada yang update kow-kow.
InsyaALLAH akan ada dan tungggguuu.

Cheers ....

PPT said...

Just to Share;

COMPETENCE: Demonstrated ability to apply knowledge and skills. This ability is derived from four areas: education, skills, training, and experience.

TRAINING: To equip, upgrade employees’ knowledge and skill through a systematic course of instruction. It can be in the form of Internal, External or Inter-Department training.

ADDIN "My Life Is Beautiful" said...

salam PPT....

apa tunggu lagi....apa tunggu lagi..ada berani ka ...tulis je la....dah nak bersawang dah ide dalam otak tuh...jgn tunggu karat.....

dari
peminat setia PPT