Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Tuesday 3 June 2008

Ibu Mertuaku

Hujung minggu lalu saya sekeluarga gunakan untuk menziarahi ibu mertua di kampung.

Mak tak sesihat seperti sebelumnya. Dua jari kaki kirinya baru sahaja dipotong. Semuanya akibat penyakit kencing manis. Sedih dan ngilu juga melihat kaki mak yang masih berbalut.


Sebelum dipotong jari kaki, mak telah ditahan di wad selama 1 minggu. Tidak sedarkan diri. Anak, menantu dan cucu yang datang melawat, semua tidak dikenalinya. Sebelumnya mak mengadu demam panas. Lalu dibawa ke klinik. Doktor di klinik swasta tersebut dah tersalah bagi ubat selepas dibuat pemeriksaan. Dibaginya ubat sakit saraf. Beberapa ketika lepas memakan ubat tersebut terus mak tak sedarkan diri dan dipapah ke hospital.

Alhamdulillah sekarang dah sedar. Walaupun berkerusi roda, tapi mak masih gagahkan diri untuk menjamu anak cucu yang pulang ke kampung. Seronok katanya. Kesian mak.

Sesungguhnya saya amat bersyukur kerana dikurniakan ibu mertua yang sangat memahami. Mak seorang yang tabah dan kuat semangatnya. Semoga Allah s.w.t terus memelihara kesihatan dan kesejahteraan mak. Amin

2 comments:

Anonymous said...

Dari Penjengok-Penjengok Tegar,

Sementara Ibu kita adalah masa nie kita kena jaga betul2. Nanti masa dah takdak baru nak teringat akan rugilah kita. Walaupun bukan ibu kandung tapi kalau dah taraf Ibu tu samalah layanan yang patut diberikan.
Ibu saya sendiri akan menjalani minor operation pada Jun 12 nanti insyaALLAH.
Moga ALLAH S.W.T panjangkan umur Mak Boss dan ibu saya.....
Hanya orang yang pernah kehilangan samada ibu atau ayah akan tahu dan menghayati macam mana nak melayan kerenah ibu atau ayah yang masih hidup.
MOga-moga ibu dan ayah kita yang dah kembali kepada ALLAH tergolong dalam golongan orang-orang beriman, AMIN

Cheers .......

hisyamchemat said...

Wahai rakan-rakan sekalian,
Hargailah ibu, sesungguhnya tanpa ibu, kita tidak akan berada di dunia ini. Kasihilah ibu... agar kehidupan kita sentiasa mendapat keberkatan dan doa seorang ibu. Semoga kita menjadi anak yang soleh dan solehah.