Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Thursday, 19 June 2008

Lagi lagi Blog

Saya dah 'gila' blog.

Asal ada masa sahaja akan saya promosikan kepada rakan-rakan saya supaya berblogging. "Jadilah blogger", ujar saya. Semua kawan-kawan saya mempunyai bidang kepakaran masing-masing, jadi sudah sepatutnya, mereka mengguna blog sebagai wadah berbicara. Mudahkan. Segala pendapat dan pandangan, rencana yang menyentuh sesuatu topik, berita terkini, foto sesuatu peristiwa, pengalaman dan idea boleh dikongsi dengan penjengok-penjengok. Blog juga boleh dijadikan diari catatan perjalanan kehidupan.

Pagi tadi sebelum mesyuarat bermula saya masih sempat mempromosikan blog dan alam blogging. Seterusnya ahli-ahli mesyuarat meminta saya membuat 'kursus' singkat langkah-langkah membina blog. Tidak saya sangka rupanya masih ada yang tidak tahu, blog ini percuma. Tidak perlu dibayar. Cara membinanya pula mudah. Maka pagi tadi terhasillah beberapa blog baru di FSR.

Sebenarnya blogger memang beruntung kerana mereka bebas menulis apa sahaja gaya bahasa yang mereka inginkan. Jika blogger seorang yang berkarisma, maka dalam blognya akan terpancarlah karisma beliau. Kalau seorang pelawak, maka penulisannya sudah tentulah dapat menggelikan hati penjengok-penjengoknya.

Namun cabaran kepada blogger sudah semestinya ada. Bukan senang hendak terus mengekalkan blog agar sentiasa padat dengan kandungan bermanfaat untuk penjengok-penjengok. Mungkin ramai yang tidak tahu, dalam sehari sebanyak 1.09 juta blog telah dibina dan kemudiannya ditinggalkan terus oleh blogger. Langkah mencuba sesuatu yang baru seperti berblogging ini memanglah baik. Kalau amalan baik ini dibuat secara berterusan maka lebihlah manfaatnya.

Jadi kepada yang belum lagi membina blog sendiri, apa tunggu lagi.

8 comments:

Anonymous said...

thanks hope we can improve our writing skill and alway be creative to think and think

ADDIN "My Life Is Beautiful" said...

akum,

sila lawat http://darimenarakepuncakdunia.blogspot.com

PPT said...

Salam Boot,
Tak leh nak letak Comment pun dalam blog Old Kopitiam tu, memang macam tu ka?


Cheers ....

ADDIN "My Life Is Beautiful" said...

salam PPT..

sori blog tengah process ...tak jumpa cara lagi camana nak keluarkan POST A COMMENT...harap maklum tq

hisyamchemat said...

PPT,
Saya dah maklumkan pada Boot. Dia dalam proses cuba jaya.

Boot,
Ikut langkah2 yang aku dah SMS tu.

PPT said...

Boot,
Blog Tuan dah boleh letak komen. Tapi nak kena tunggu approval pulak dah baru boleh display.
Adjust la sikit atau hang memang nak macam tu.....

Cheers ....

Anonymous said...

akum..PPT,

dah ok dah,tq

aiShaH said...

ha... aishah pun dah terkena jangkitannya.. cuma nak kena rajin update je