Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Friday 20 June 2008

Lawatan

Sebentar tadi saya melayan kedatangan hampir 35 orang pelajar-pelajar dan 3 orang guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Alam 2, Bandar Seri Alam, Masai Johor ke UiTM. Mereka dari Kelab Sains Sukan sekolah tersebut. Tujuan lawatan mereka adalah untuk mengenali UiTM secara umumnya dan Fakulti Sains Sukan (FSR) secara khususnya.

Sesi taklimat yang awalnya dimulakan oleh saya seterusnya disambung oleh Encik Khairulzaman Hamin selaku Timbalan Dekan (sumber dan pelajar) FSR. Saya dapat melihat pelajar-pelajar dari sekolah ini sangat tertarik dengan program yang ditawarkan di FSR. Tidak lengkap kalau sesi taklimat ini tidak diselitkan dengan kata-kata perangsang kepada adik-adik ini.

Mereka sesungguhnya memerlukan bimbingan untuk memilih kerjaya di masa hadapan. Mereka masih kabur-kabur tentang masa depan mereka. Cuma ada beberapa orang sahaja yang berani mengatakan dengan yakin bahawa mereka ingin menjadi usahawan. Seorang ingin menjadi usahawan produk sabun ciptaannya dan seorang lagi usahawan tani atau lebih tepat lagi penternak lembu yang berjaya. Walaupun mereka berdua ditertawakan, namun saya yakin tidak mustahil kedua-dua pelajar yang berani tadi menjadi usahawan yang berjaya jikalau mereka terus berusaha demi mencapai impian mereka. Hanya masa yang akan menentukan.

4 comments:

Lennyek said...

saya mengharapkan adik-adik dari sekolah tersebut betul2 berminat untuk memilih khursus yang ditawarkan dan bukan sekadar untuk mendapat nama kerana telah melangkah masuk ke alam universiti atau hanya kerana mengikut rakan..=)

ADDIN "My Life Is Beautiful" said...

akum,
thanks dah settle...setting tq,semoga kita dapat lihat mereka berjaya...segalanya mungkin tiada yang mustahil ...syaratnya berusaha lebih le...

Anonymous said...

kena ambik risiko bila kita nak cebur diri dlm keusahawanan & istiqomah...... KLCC takan dapat siap dlm masa 1 hari....

PPT said...

Yes,
Nak jadi usahawan pun takpa nak makan gaji pun takpa.
Janji semua perkara yang dilaksanakan ikhlas dan jujur.
Kalau dah jadi usahawan jangan lupa makan dipinggan minum dicawan.

Cheers .....