Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW

Monday 23 June 2008

Peluang Kerjaya

Nampak gayanya tidak lama lagi akan bertambah lagilah peluang kerjaya kepada pencinta rekreasi luar. Peluang ini dibuka kepada sesiapa yang minat mengajar bidang yang berkaitan dengan rekreasi luar.

Selain daripada FSR, terdapat sebuah lagi kolej swasta, hakmilik Bumiputera telah berminat untuk mengembangkan ilmu rekreasi luar ini kepada warga Malaysia.

Hujung minggu lepas saya didatangi oleh seorang Pensyarah Kanan daripada sebuah kolej swasta yang terkenal di Malaysia. Beliau perlukan bantuan dan khidmat saya.

Saya telah dimaklumkan bahawa universiti tempat beliau bertugas ingin menawarkan bidang berkaitan rekreasi luar di peringkat Diploma dan Ijazah pertama.

Jadi kepada sesiapa yang berminat untuk mengajar dan mengembangkan ilmu rekreasi di universiti, pastikan anda menyambung pengajian anda dalam bidang berkenaan.

6 comments:

ADDIN "My Life Is Beautiful" said...

salam,

bertuah sungguh ...banyak peluang disediakan sekarang ...semoga jurulatih minda kelas pertama dapat dihasilkan....

adios

PPT said...

Salam,
ALhamdulillah ada orang yang cuba nak bantu orang lain dalam mencari kerjaya yang sesuai.
Syabas Boss.

Cheers ...

Anonymous said...

En. Syam,
Kalau saya berminat, macam mana nak apply? Hehee...

PPT said...

Salam Boss,
Kalau Troppic Puppet berminat, PPT pun nak lah jugak tanya kot2 ada yang untuk part time teaching.
Biasala harga semua barang dah nak naik, minyak 4T pun dah naik selain minyak petrol.

Cheers ....

hisyamchemat said...

Kepada yang berminat, curi-curi masa untuk sambung belajar. Sekurang-kurangnya peringkat sarjana.

Anonymous said...

Alhamdulillah

Bagus tu tapi kita jangan cepat melatah.

Peluang yang sebegini perlu dikongsi supaya ianya tidak kepada kepetingan sesuatu pihak sahaja.